Mengawasi serta memastikan keselamatan keseluruhan kawasan kilang sentiasa berada dalam keadaan terjamin.2. Menguatkuasakan peraturan dan polisi syarikat yang berkaitan dengan aspek keselamatan.3. Merekod dan memantau pergerakan semua kenderaan termasuk kenderaan staf, bas, van serta kenderaan awam (pelawat, kontraktor dan Alam Flora).4. Memeriksa kenderaan yang keluar dari premis mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan.5. Melaksanakan rondaan siang dan malam termasuk pemeriksaan mengejut serta pengesahan rondaan (clocking).6. Memantau sistem CCTV bagi memastikan pemantauan keselamatan berjalan dengan lancar dan berkesan.7. Memberi panduan serta bantuan kepada pelawat yang hadir ke premis syarikat.8. Mengurus permohonan keluar (time off) / pas keluar (gate pass) serta menyimpan rekod yang berkaitan.9. Memantau kawasan mesin ATM CIMB bagi memastikan keselamatan kawasan tersebut sentiasa terjaga.10.Mengendalikan panggilan telefon yang diterima semasa syif malam serta mengambil tindakan yang sewajarnya.11.Membantu kakitangan yang sakit semasa syif malam (contohnya menghantar ke hospital atau pulang ke rumah).12.Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Jabatan Pengurusan Sumber Manusia (HRM).13.Melaksanakan tugas selaras dengan Polisi QSE (Kualiti, Keselamatan & Alam Sekitar) syarikat.
Access Control: Manage entrances and exits, verify guest or visitor credentials, monitor restricted zones, and prevent tailgating or unauthorized entry to guest floors