1. Perancangan Strategi Pemasaran
- Merancang dan melaksanakan strategi pemasaran bagi produk dan perkhidmatan syarikat.
- Menyediakan pelan pemasaran bulanan berdasarkan sasaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
- Mengenal pasti kumpulan sasaran pelanggan dan peluang pasaran baharu.
- Menjalankan kajian pasaran serta menganalisis trend dan aktiviti pesaing.
- Mencadangkan idea pemasaran yang kreatif untuk meningkatkan kesedaran jenama dan jualan.
2. Pemasaran Digital dan Media Sosial
- Merancang kempen pemasaran melalui TikTok, Facebook, Instagram, WhatsApp dan platform digital berkaitan.
- Menyelaraskan penghasilan kandungan promosi bersama pasukan Multimedia, Graphic Designer dan Content Creator.
- Memantau prestasi kandungan berdasarkan tontonan, interaksi, pertanyaan dan penukaran kepada jualan.
- Memastikan bahan promosi menyampaikan maklumat produk dengan tepat dan menarik.
- Mengikuti perkembangan trend pemasaran digital untuk meningkatkan keberkesanan kempen.
3. Pengurusan Kempen dan Promosi
- Merancang serta melaksanakan kempen promosi, pelancaran produk dan aktiviti pemasaran.
- Menyelaras promosi bersama pasukan Sales, Affiliate, Host Live dan Customer Service.
- Memastikan setiap kempen dilaksanakan mengikut jadual dan bajet yang diluluskan.
- Menilai keberkesanan promosi dan mencadangkan penambahbaikan.
- Memastikan semua aktiviti promosi mendapat kelulusan pihak pengurusan jika diperlukan.
4. Pengurusan Jualan dan Pengembangan Pasaran
- Memantau pencapaian jualan harian, mingguan dan bulanan.
- Bekerjasama dengan pasukan jualan bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.
- Mengenal pasti peluang pasaran baharu dan strategi untuk mendapatkan pelanggan.
- Membina serta mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan, rakan niaga, ejen dan pengedar.
- Menganalisis maklum balas pelanggan bagi membantu meningkatkan jualan dan kepuasan pelanggan.
5. Analisis Prestasi dan Pelaporan
- Menyediakan laporan aktiviti pemasaran dan prestasi jualan secara berkala.
- Memantau pencapaian KPI berbanding sasaran yang ditetapkan.
- Menganalisis keberkesanan kempen, trend jualan dan maklum balas pelanggan.
- Memantau penggunaan bajet pemasaran serta memastikan perbelanjaan mengikut kelulusan.
- Membentangkan cadangan strategi dan tindakan penambahbaikan kepada pihak pengurusan.
Kelayakan dan Keperluan
- Mempunyai diploma atau ijazah dalam bidang Pemasaran, Pengurusan Perniagaan, Komunikasi atau bidang berkaitan adalah satu kelebihan.
- Pengalaman dalam bidang pemasaran, jualan atau pemasaran digital merupakan satu kelebihan.
- Mempunyai kemahiran komunikasi, perancangan dan penyelesaian masalah yang baik.
- Kreatif, proaktif, berdisiplin dan berorientasikan pencapaian sasaran.
- Mampu bekerja secara individu dan berpasukan.
- Mampu mengurus pelbagai tugasan serta mematuhi tarikh akhir.
- Mempunyai pengetahuan asas tentang platform media sosial dan aplikasi pemasaran digital.
Pay: From RM2,500.00 per month
Benefits:
- Free parking
- Maternity leave
- Meal provided
Work Location: In person