RINGKASAN TUGAS
Merancang dan memantau segala aktiviti berkaitan dengan Ar-Rahnu KOPUTRA. Memantau harga emas setiap hari dan memastikan aktiviti gadaian berlaku secara telus dan tanpa penipuan.
OPERASI DAN PENTADBIRAN
- Membantu Pengurus Cawangan dalam mengurus operasi dan aktiviti harian cawangan Ar-Rahnu.
- Memastikan semua proses kerja Ar-Rahnu dilaksanakan mengikut SOP yang ditetapkan.
- Mengutamakan aspek keselamatan Teller Ar-Rahnu semasa operasi dijalankan.
- Membantu Pengurus Cawangan dalam urusan penyimpanan barang gadaian selepas tamat waktu urus niaga.
- Memastikan aktiviti gadaian dijalankan secara telus dan berintegriti tanpa sebarang penipuan.
- Memastikan urusan pentadbiran dan kewangan diurus dengan teratur, sistematik, dan berkesan.
- Memastikan pengawal keselamatan hadir sebelum memulakan operasi Ar-Rahnu.
PEMASARAN
- Merancang, melaksanakan, dan memantau aktiviti pemasaran cawangan Ar-Rahnu mengikut jadual yang ditetapkan.
- Mempromosikan perkhidmatan Ar-Rahnu KOPUTRA bagi meningkatkan kesedaran dan pengenalan kepada orang ramai.
- Memastikan sasaran jualan emas KOPUTRA dicapai setiap bulan.
AM
- Menyelia dan membimbing kakitangan bawahan dalam menangani sebarang isu atau permasalahan.
- Menjawab dan mengurus panggilan telefon daripada anggota KOPUTRA dan pelanggan.
- Menerima, merekod, serta menyampaikan aduan atau bantahan daripada anggota KOPUTRA dan pelanggan kepada pegawai berkaitan.
- Melaksanakan tugas lain yang berkaitan dengan KOPUTRA seperti yang diarahkan oleh pegawai, Pengurus Besar, dan Anggota Lembaga Koperasi KOPUTRA dari semasa ke semasa.
Job Types: Full-time, Permanent
Pay: RM2,000.00 - RM2,500.00 per month
Benefits:
- Health insurance
- Maternity leave
- Opportunities for promotion
- Parental leave
- Professional development
Work Location: In person