WE ARE HIRING! ACCOUNT EXECUTIVE CUM FINANCE
Sertai Pasukan Rahilah Camel Groups (M) Sdn. Bhd.!
Anda seorang yang teliti dengan nombor, mahir Excel dan mempunyai kemahiran dalam pengurusan akaun serta kewangan?
Kami sedang mencari individu yang kompeten, proaktif dan bertanggungjawab untuk menguruskan operasi kewangan syarikat yang melibatkan beberapa cawangan.
TANGGUNGJAWAB UTAMA
- Mengurus transaksi harian akaun, invois, pembayaran, rekod kewangan dan bank reconciliation.
- Memantau kutipan yuran pelajar, tunggakan serta rekod pembayaran setiap cawangan.
- Menyediakan bajet tahunan, menganalisis perbelanjaan dan mengira kos program, pakej serta operasi cawangan.
- Menyemak rekod gaji, elaun, OT dan bayaran berkaitan kakitangan.
- Mengurus dokumen audit, penutupan akaun, percukaian dan e-Invoice.
- Menyemak permohonan pembelian, bayaran pembekal dan perbelanjaan operasi.
- Mengendalikan SQL Accounting serta membantu penambahbaikan sistem kewangan IRIS dan templat Excel.
KELAYAKAN & KEPERLUAN
- Diploma atau Ijazah dalam bidang Perakaunan, Kewangan atau bidang berkaitan.
- Mempunyai pengalaman dalam bidang akaun dan kewangan.
- Mempunyai pengetahuan menggunakan SQL Accounting.
- Mahir Microsoft Excel serta mampu menggunakan formula dan fungsi Excel secara berdikari.
- Mempunyai kemahiran analisis, penyelesaian masalah dan komunikasi yang baik.
- Teliti, sistematik, bertanggungjawab serta mampu mengurus pelbagai tugasan mengikut deadline.
- Pengalaman mengendalikan akaun syarikat yang mempunyai beberapa cawangan merupakan satu kelebihan.
Kami mencari individu yang bukan sekadar mengurus angka, tetapi mampu menganalisis dan memastikan pengurusan kewangan syarikat berjalan dengan cekap dan sistematik.
Mohon sekarang dan bina kerjaya bersama kami!
Pay: RM2,300.00 - RM2,550.00 per month
Benefits:
- Additional leave
- Health insurance
- Opportunities for promotion
- Parental leave
Application Question(s):
- Adakah anda pernah menggunakan SQL Accounting?
- Adakah anda mempunyai pengalaman menyediakan bank reconciliation dan laporan kewangan?
- Adakah anda mempunyai pengalaman menguruskan e-Invoice, audit atau urusan percukaian?
Experience:
- Accounting & Finance: 1 year (Required)
Work Location: In person