Veterinary Nurse memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan rawatan kucing berjalan lancar, selamat dan berkesan. Jawatan ini bukan sekadar “pembantu”, tetapi tulang belakang rawatan klinik. Anda bertanggungjawab terhadap kesejahteraan pesakit, kebersihan persekitaran rawatan, dan komunikasi dengan doktor serta pemilik haiwan.
Tanggungjawab Utama:
- Bantuan Rawatan & Surgeri
- Membantu doktor semasa pemeriksaan dan prosedur.
- Menyediakan peralatan dan kawasan rawatan/surgeri.
- Memastikan peralatan disteril dengan betul.
- Penjagaan Pesakit Dalam Wad
- Memantau keadaan kucing yang dirawat (wad), termasuk suhu badan, selera makan, dan tingkah laku.
- Memberi ubat mengikut arahan doktor dan merekodkan semua rawatan yang diberi.
- Memastikan kebersihan sangkar dan persekitaran pesakit terjaga setiap hari.
- Rekod dan Dokumentasi
- Mengisi dan mengemas kini fail pesakit dengan lengkap dan tepat.
- Menulis laporan perkembangan pesakit (progress notes) secara harian.
- Komunikasi dan Pendidikan
- Berinteraksi dengan pemilik haiwan dengan penuh empati dan jelas.
- Memberi penerangan pasca-rawatan, penggunaan ubat dan penjagaan di rumah.
- Melaporkan perubahan atau komplikasi kepada doktor dengan segera.
- Menjaga Kebersihan klinik dan mengira Stok setiap bulan.
- Menjaga kebersihan kawasan rawatan, bilik surgeri, dan peralatan.
- Memastikan stok ubat, alatan rawatan dan barangan wad sentiasa cukup dan tersusun.
- Pembelajaran dan Pembangunan Diri
- Sentiasa bersedia untuk belajar ilmu baru berkaitan rawatan dan penjagaan kucing.
- Membaca nota rawatan pesakit lepas sebagai rujukan dan panduan.
- Menghadiri latihan dalaman, taklimat, atau pembelajaran luar apabila diarahkan.
Sikap & Ciri Diri Yang Diperlukan:
- Mempunyai semangat belajar tinggi dan tidak mudah putus asa.
- BERANI untuk handle kucing dan tidak geli terhadap najis, muntah kucing .
- Boleh bekerja dalam tekanan, pantas dan tepat.
- Mampu berkomunikasi dengan baik dengan doktor, staf dan pemilik haiwan.
- Prihatin, sabar dan sayangkan haiwan.
Penting untuk difahami:
Jawatan ini bukan sekadar kerja rutin, tetapi peranan penting dalam menentukan tahap kesihatan dan peluang hidup setiap pesakit. Ilmu dan kemahiran perlu sentiasa dikemas kini. Setiap tindakan anda memberi kesan besar kepada kehidupan kucing yang dirawat.
Pay: RM1,700.00 - RM1,800.00 per month
Benefits:
- Opportunities for promotion
Work Location: In person