JAWATAN: JUNIOR ACCOUNT EXECUTIVE
Syarikat: KOPERASI RAKYAT BR2.0 MALAYSIA BERHAD
Jawatan: Junior Account Executive
Melapor Kepada: Senior Account Executive / Account Manager / Head of Finance
Status: Sepenuh Masa
1. TUJUAN JAWATAN
Bertanggungjawab membantu pasukan Akaun & Kewangan dalam menjalankan urusan perakaunan harian, penyediaan rekod kewangan, dokumentasi, transaksi akaun dan laporan kewangan mengikut prosedur serta piawaian yang ditetapkan oleh syarikat.
Jawatan ini sesuai untuk fresh graduate yang ingin membina pengalaman dalam bidang perakaunan dan diberi peluang untuk mempelajari proses perakaunan secara menyeluruh.
2. SKOP KERJA & TANGGUNGJAWAB UTAMAA. Urusan Perakaunan Harian
- Membantu merekod transaksi harian ke dalam sistem perakaunan.
- Membantu menyediakan dan merekod sales invoices, purchase invoices, receipts dan payment vouchers.
- Memastikan semua transaksi mempunyai dokumen sokongan yang lengkap dan tepat.
- Membantu membuat semakan dan kemasukan data kewangan secara teratur.
- Membantu menyediakan jurnal pelarasan apabila diperlukan di bawah penyeliaan pegawai kanan.
B. Accounts Payable (AP)
- Membantu memproses dan merekod invois pembekal.
- Menyemak invois, Purchase Order (PO), Delivery Order (DO) dan dokumen sokongan.
- Membantu menyediakan payment voucher dan dokumen pembayaran.
- Memantau baki hutang kepada pembekal.
- Membantu membuat semakan penyata akaun pembekal dan menyelesaikan perbezaan jika ada.
C. Accounts Receivable (AR)
- Menyediakan dan merekod invois jualan.
- Membantu memantau kutipan daripada pelanggan.
- Merekod penerimaan bayaran dan memastikan transaksi dipadankan dengan invois yang berkaitan.
- Membantu menyediakan Accounts Receivable Aging Report.
- Membuat follow-up berkaitan bayaran tertunggak apabila diarahkan.
D. Bank Reconciliation
- Membantu menyediakan bank reconciliation secara bulanan.
- Membandingkan rekod bank dengan rekod dalam sistem perakaunan.
- Mengenal pasti transaksi yang belum direkodkan, perbezaan atau kesilapan.
- Membuat semakan dan pembetulan selepas mendapat kelulusan daripada pegawai yang bertanggungjawab.
E. Petty Cash & Pembayaran
- Membantu mengurus dan merekod transaksi petty cash.
- Menyemak tuntutan perbelanjaan staf bersama dokumen sokongan.
- Membantu memastikan semua pembayaran mempunyai kelulusan yang sewajarnya.
- Menyusun dan memfailkan dokumen pembayaran dengan sistematik.
F. Penyediaan Laporan & Month-End Closing
- Membantu menyediakan laporan kewangan dan laporan akaun yang diperlukan.
- Membantu proses month-end closing.
- Membantu menyediakan senarai transaksi untuk semakan.
- Membantu menyediakan schedule atau supporting documents untuk akaun tertentu.
- Membantu memastikan semua transaksi bagi tempoh kewangan yang berkaitan telah direkodkan.
G. Cukai & Pematuhan
- Membantu menyediakan dokumen dan maklumat yang diperlukan untuk urusan cukai syarikat.
- Membantu menyediakan dokumen berkaitan SST, withholding tax atau pematuhan lain sekiranya berkaitan dengan operasi syarikat.
- Membantu menyediakan dokumen sokongan untuk audit dan semakan pihak luar.
- Memastikan dokumen kewangan disimpan mengikut tempoh dan prosedur yang ditetapkan.
H. Filing & Dokumentasi
- Menyusun dan menyelenggara dokumen kewangan secara sistematik.
- Memastikan dokumen seperti invoice, receipt, payment voucher, bank statement dan supporting documents mudah dirujuk.
- Menyediakan dokumen yang diperlukan untuk audit, pengurusan dan jabatan berkaitan.
- Memastikan kerahsiaan maklumat kewangan syarikat sentiasa dijaga.
I. Sokongan Audit
- Membantu menyediakan dokumen dan supporting schedules untuk tujuan audit.
- Membantu menjawab pertanyaan audit di bawah penyeliaan pegawai kanan.
- Membuat semakan terhadap dokumen dan rekod yang diperlukan oleh auditor.
- Membantu membuat pembetulan atau pelarasan yang diarahkan selepas proses audit.
J. Tugas-Tugas Lain
- Membantu Senior Account Executive / Account Manager dalam tugasan harian jabatan.
- Mengikuti arahan dan prosedur kerja yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
- Bersedia mempelajari sistem perakaunan dan prosedur kewangan syarikat.
- Menjalankan tugasan lain yang berkaitan dengan akaun dan kewangan dari semasa ke semasa.
3. KELAYAKAN
- Minimum Diploma / Degree dalam Perakaunan, Kewangan, atau bidang berkaitan.
- Fresh graduate digalakkan memohon. (START IMMEDIATE)
- Mempunyai sifat ingin belajar benda baharu dan bersikap positif
- Mempunyai pengetahuan asas mengenai prinsip perakaunan dan penyediaan rekod kewangan.
- Mempunyai pengetahuan asas Microsoft Excel.
- Pengalaman menggunakan sistem perakaunan seperti SQL, AutoCount, UBS, Xero atau sistem yang berkaitan adalah satu kelebihan.
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.
- Teliti, teratur dan mempunyai perhatian yang tinggi terhadap butiran.
- Mempunyai sikap bertanggungjawab, positif dan bersedia untuk belajar.
- Mampu bekerja secara individu dan dalam pasukan.
4. KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN
- Asas debit dan kredit.
- Asas Accounts Payable dan Accounts Receivable.
- Asas bank reconciliation.
- Microsoft Excel.
- Pengurusan dokumen dan filing.
- Kemahiran analisis dan penyelesaian masalah.
- Pengurusan masa yang baik.
- Ketelitian dalam memasukkan dan menyemak data.
- Keupayaan mematuhi deadline.
5. KPI / PETUNJUK PRESTASI
- Ketepatan kemasukan data dan rekod akaun.
- Penyelesaian tugasan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Kelengkapan dokumen sokongan bagi setiap transaksi.
- Ketepatan bank reconciliation dan rekod akaun.
- Pengurusan filing dan dokumentasi yang sistematik.
- Keupayaan membantu proses month-end closing.
- Pematuhan kepada SOP dan prosedur kewangan syarikat.
- Keupayaan mempelajari dan mengendalikan tugasan akaun dengan semakin berdikari.
Pay: RM1,800.00 - RM2,000.00 per month
Work Location: In person