jobs in Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA)

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) Hiring! Full Time EKSEKUTIF PEMASARAN TAKAFUL in Selangor, Earn up to MYR 2,500 - Ricebowl

EKSEKUTIF PEMASARAN TAKAFUL

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA)

Share
Save

Working Location

  • Seri Kembangan Selangor Malaysia

Job Description

Responsibilities

PEMASARAN

  • Merancang dan melaksanakan kempen serta aktiviti promosi melalui panggilan telefon, WhatsApp, media sosial, laman web dan program keanggotaan.
  • Menghasilkan dan mengurus kandungan serta bahan promosi seperti poster, video, infografik dan hebahan selaras dengan identiti korporat KOPUTRA.
  • Mengenal pasti dan menghubungi kakitangan, anggota, pelanggan serta prospek baharu bagi tujuan pemasaran, pembaharuan dan tindakan susulan.
  • Memberikan penerangan yang jelas dan tepat mengenai produk, manfaat, terma dan syarat serta mengenal pasti keperluan pelanggan bagi mencadangkan produk yang bersesuaian.
  • Mengurus pertanyaan pelanggan serta membantu pelanggan melengkapkan maklumat dan dokumen berkaitan permohonan Takaful, Wasiat dan Hibah.
  • Menyemak dan mengurus permohonan serta pengeluaran produk termasuk Takaful Keluarga, GHS, Takaful Berkelompok, Takaful Kenderaan, Takaful Perjalanan, Takaful Am, Wasiat, Hibah dan produk lain yang berkaitan.
  • Mengemas kini rekod prospek dan pelanggan serta memantau aktiviti pemasaran bagi memastikan rekod sentiasa tepat dan terkini.
  • Menyediakan laporan prestasi pemasaran, jualan dan pencapaian KPI kepada Ketua Unit Takaful dan Wasiat.

TUNTUTAN

  • Membantu memantau proses tuntutan dan pembayaran manfaat takaful antara syarikat takaful dengan anggota mengikut prosedur dan perjanjian yang ditetapkan.
  • Membuat tindakan susulan dengan syarikat takaful berkaitan status tuntutan atau pembayaran manfaat yang masih belum diterima.
  • Membantu memastikan dokumen dan maklumat berkaitan tuntutan adalah lengkap bagi melancarkan proses tuntutan pelanggan.

KELAYAKAN

  • Mempunyai Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pemasaran, Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan, Kewangan, Takaful atau bidang berkaitan.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik serta yakin berurusan dengan pelanggan.
  • Mempunyai minat dalam bidang pemasaran, jualan, Takaful, Wasiat dan Hibah.
  • Berkebolehan menggunakan media sosial dan platform digital bagi tujuan pemasaran merupakan satu kelebihan.
  • Mampu bekerja secara individu dan dalam pasukan serta berorientasikan sasaran dan pencapaian KPI.
  • Graduan baharu (Fresh Graduates) adalah digalakkan untuk memohon.

Pay: RM1,800.00 - RM2,500.00 per month

Benefits:

  • Health insurance
  • Opportunities for promotion
  • Parental leave
  • Professional development

Work Location: In person

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More