Pengalaman diutamakan.
Fresh graduate atau tiada pengalaman digalakkan untuk memohon.
Training disediakan.
Peranan hands-on untuk anda yang suka mengendalikan proses pengeluaran, menyusun kerja pasukan dan memastikan tempahan bergerak hingga siap.
Tanggungjawab anda:
- Meneliti tempahan dan jobsheet untuk mengenal pasti kuantiti, keperluan bahan, proses serta tarikh siap.
- Menyusun jadual pengeluaran harian mengikut keutamaan tempahan dan kapasiti sebenar pasukan.
- Mengendalikan serta menyelia printing sublimation dan proses heat press mengikut spesifikasi kerja.
- Menyemak fail cetakan yang diluluskan, susunan saiz, bahan dan hasil percubaan sebelum pengeluaran diteruskan.
- Membahagikan tugasan dengan jelas dan memastikan setiap pekerja memahami jobsheet serta sasaran kerja.
- Menyelaras serahan antara proses printing, heat press, pemotongan, jahitan dan pemeriksaan kualiti.
- Memantau hasil pengeluaran, kerja dalam proses, barang reject dan baki kuantiti bagi setiap tempahan.
- Mengenal pasti punca masalah kualiti atau kelewatan serta menyusun tindakan pembetulan bersama pihak berkaitan.
- Memantau penggunaan bahan dan memaklumkan keperluan bekalan lebih awal bagi mengelakkan kerja terhenti.
- Memastikan SOP keselamatan dipatuhi, penjagaan asas mesin dibuat dan kerosakan dirujuk untuk tindakan yang sesuai.
- Memberi kemas kini status pengeluaran kepada pengurusan, termasuk risiko tempahan lewat dan bantuan yang diperlukan.
Sesuai untuk anda yang:
Mempunyai kemahiran berkaitan printing sublimation atau heat press, mampu menyusun kerja dan boleh memberi arahan dengan jelas. Peranan ini melibatkan operasi mesin, bukan penyeliaan sahaja.
Hari: Isnin–Sabtu
Waktu: 8.30 pagi–5.30 petang
Pay: RM2,000.00 - RM3,500.00 per month
Benefits:
- Free parking
- Maternity leave
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: In person