Sewaktu pembukaan dan penutupan bilik kebal, Pegawai Vaulting hendaklah memeriksa denominasi dan jumlah tunai yang terdapat di dalam Vaulting dan memastikan berpadanan dengan Lejar Tunai.
Memastikan semua sistem keselamatan (“interlocks”,penggera keselamatan, kombinasi) berfungsi dengan baik semasa memulakan dan menamatkan tugas.
Melakukan pemeriksaan berkala dan memastikan sistem “interlocks” bagi pintu “shutter‟ kawasan pemunggahan (loading bay) dan “transfer hatch” kawasan pemunggahan bilik kebal (pre-loading) berfungsi dengan baik. Sekiranya berlaku sebarang kerosakan, jabatan berkenaan mesti diberitahu dan pembaikan perlu dilakukan dengan segera.
...