jobs in Maths Power Sdn. Bhd

Maths Power Sdn. Bhd Hiring! Full Time Sales - Customer Service in Federal Territory, Earn up to MYR 2,200 - Ricebowl

MYR1,900 - MYR2,200 Per Month

Putrajaya, Federal Territory

Share
Save

Working Location

  • Putrajaya Federal Territory Malaysia

Job Description

Responsibilities

Skop Tugas (Job Description)

1. Pengurusan Pertanyaan Pelanggan

Melayan pertanyaan daripada ibu bapa dan pelanggan melalui WhatsApp, panggilan telefon, Facebook, Instagram dan platform media sosial lain.

Memberikan penerangan yang jelas mengenai program tuisyen, jadual kelas, yuran, pakej pembelajaran dan promosi semasa.

Menjawab pertanyaan pelanggan dengan cepat, tepat dan profesional.

2. Jualan & Pendaftaran Pelajar

Menghubungi prospek yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Membuat susulan (follow-up) kepada prospek sehingga berjaya mendaftar sebagai pelajar.

Membantu proses pendaftaran pelajar baharu dan memastikan semua maklumat direkodkan dengan lengkap.

Mencapai sasaran pendaftaran pelajar yang ditetapkan oleh syarikat.

3. Khidmat Pelanggan

Membina hubungan yang baik dengan ibu bapa dan pelajar.

Membantu menyelesaikan pertanyaan atau aduan pelanggan dengan profesional.

Memberikan maklumat terkini berkaitan jadual kelas, peperiksaan, cuti dan program khas kepada ibu bapa.

4. Pengurusan Rekod

Mengemaskini maklumat pelanggan, prospek dan pelajar dalam sistem syarikat.

Memastikan semua rekod pendaftaran dan komunikasi pelanggan disimpan dengan lengkap dan teratur.

Menyediakan laporan harian atau mingguan berkaitan pertanyaan dan pendaftaran pelanggan.

5. Sokongan Operasi

Bekerjasama dengan pihak akademik dan admin cawangan bagi memastikan proses kemasukan pelajar berjalan lancar.

Membantu mempromosikan program baharu, seminar, kelas percubaan dan kempen pemasaran syarikat.

Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh penyelia dari semasa ke semasa.

Kelayakkan : Mempunyai pengalaman yang berkaitan dengan bidang kerja yang dipohon. Tiada pengalaman juga boleh memohon.

.

Info Syarikat : Maths Power Sdn. Bhd.

Kami adalah syarikat yang menjalankan perkhidmatan Pusat Tuisyen bermula dari pelajar darjah 1 hingga Tingkatan 5, bagi semua subjek. Usia syarikat telah mencecah lebih 10 tahun dan mempunyai 18 buah cawangan.

.

Kemasukkan Serta Merta pada bulan ini

Cara memohon boleh juga terus hubungi HR kami di talian *************

Pay: RM1,900.00 - RM2,200.00 per month

Work Location: In person

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More