Jawatan Kosong: Crew Tukang Masak – Central Kitchen (Bumbu Babah)
Mempunyai pengalaman dalam memasak & minat terhadap masakan ? Sertai pasukan Bumbu Babah sebagaiCrew Tukang Masak Central Kitchen dan bantu kami menyediakan hidangan berkualiti tinggi untuk semua cawangan!
Tanggungjawab Utama:
- Menyediakan bahan mentah (memotong, membersih, menimbang) mengikut spesifikasi resipi
- Memasak dan menyediakan makanan mengikut SOP dan standard jenama yang ditetapkan
- Mengendalikan proses penyediaan makanan dalam kuantiti besar (bulk cooking) dengan konsisten
- Memastikan rasa, tekstur, dan kualiti makanan sentiasa memenuhi piawaian syarikat
- Menjalankan persediaan awal (mise en place) sebelum waktu operasi bermula
- Mengendalikan dan menjaga peralatan dapur dengan betul dan selamat
- Memastikan kebersihan dapur, stesen kerja, dan peralatan sentiasa terjaga
- Mematuhi semua prosedur keselamatan makanan (food safety & hygiene) termasuk HACCP jika berkaitan
- Mengurus penyimpanan bahan mentah dan produk siap mengikut sistem FIFO/FEFO
- Membantu dalam proses pembungkusan, pelabelan, dan penyediaan pesanan untuk penghantaran ke outlet
- Memastikan tarikh luput dan kualiti bahan sentiasa dipantau
- Mengira, memantau, dan melaporkan tahap stok bahan mentah secara berkala
- Mengurangkan pembaziran bahan (food wastage) melalui pengendalian yang cekap
- Membantu dalam penerimaan stok dan pemeriksaan kualiti bahan daripada pembekal
- Bekerjasama rapat dengan pasukan dapur dan penyelia bagi memastikan kelancaran operasi harian
- Mengikut jadual kerja dan arahan daripada Chef/Supervisor dengan disiplin
- Membantu dalam pembersihan menyeluruh dapur selepas operasi (closing cleaning)
- Bersedia untuk menyokong tugas tambahan seperti R&D menu asas atau persediaan khas jika diperlukan
Kelayakan:
- Pengalaman asas dalam dapur atau central kitchen (pengalaman F&B adalah kelebihan)
- Mempunyai minat dalam bidang masakan
- Boleh bekerja dalam pasukan dan persekitaran pantas
- Disiplin, rajin, dan menepati masa
- Sihat tubuh badan dan mampu berdiri lama
Apa yang kami tawarkan:
- Gaji kompetitif
- Elaun & kerja lebih masa (OT)
- Latihan disediakan
- Peluang kenaikan pangkat
- Persekitaran kerja yang stabil dan profesional
Lokasi: HQ Bumbu Babah Alam Damai, Cheras KL
Job Type: Full-time
Pay: RM1,800.00 - RM2,200.00 per month
Benefits:
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: In person