- Senawang Negeri Sembilan Malaysia

Working Location
Job Description
Responsibilities
Jawatan Kosong: Kerani Pentadbiran Sumber Manusia
Tempoh Kontrak: 4 Bulan (September 2026 - Januari 2027)
Waktu Bekerja: Isnin - Jumaat (8.00am - 5.00pm) / Sabtu (8.00am-1.00pm)
Lokasi Bekerja: Senawang
Tanggungjawab Utama:
Pentadbiran Pejabat:
· Menguruskan kerja dokumentasi syarikat seperti pembaharuan permit MBS mengikut tarikh “dateline” yang ditetapkan (rujuk list task yang telah disenaraikan)
· Menyediakan “Purchase Order”, Invoice dan Transmital Form berdasarkan makluman daripada pihak pengurusan.
· Menyediakan surat-menyurat syarikat.
· Tugasan ad hoc admin – Order barang keperluan pejabat, kemaskini kerja-kerja mengikut mingguan, remind pengarah task-task yang urgent untuk meeting dan tindakan lanjut.
· Sentiasa semak rekod kerja ketua kumpulan seperti rekod inventori pengeluaran, jadual kerja yang penyelia kemaskini setiap minggu, proses waybill order dari E-Commerce.
· Mempunyai jadual Kalender sendiri untuk mengemaskini tugasan harian yang perlu diselesaikan.
Pentadbiran Sumber Manusia:
· Mengurus pengambilan pekerja (recruitment) untuk memastikan kekosongan jawatan diisi mengikut tempoh keperluan syarikat di setiap jabatan.
· Menyusun jadual temuduga antara calon temuduga bersama pihak pengurusan syarikat.
· Berkebolehan dalam penggunaan applikasi recruitment seperti Indeed serta platform digital lain.
· Mengeluarkan surat-menyurat yang berkaitan dengan pekerja (surat-surat kontrak, surat dalaman syarikat, dan mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan terlebih dahulu sebelum ditandatangani oleh pekerja.
· Mengendalikan taklimat kemasukan pekerja baharu.
· Meyediakan laporan gaji mengikut dateline yang ditetapkan oleh bahagian pengurusan untuk semakan sebelum gaji diproses.
· Memantau rekod kehadiran pekerja semua department (bekerjasama dengan penyelia setiap jabatan) untuk menguruskan kehadiran, kerja lebih masa, cuti pekerja dan tuntutan, dan elaun-elaun pekerja.
· Menyusun dan mengemaskini rekod peribadi pekerja, menjaga segala kerahsiaan dokumentasi syarikat, tidak bercerita atau berkongsi mengenai PNC syarikat bersama pekerja.
· Mengambilmaklum mengenai kontrak perkhidmatan semua pekerja untuk penamatan, pembaharuan atau penyambungan.
· Memahami tentang pendaftaran, kemaskini, dan pembayaran caruman wajib majikan di dalam portal KWSP, SOCSO dan HRDF.
· Mengemaskini dokumentasi setiap bayaran di dalam folder HR sebagai rekod bahagian pengurusan. Latihan dan template akan disediakan.
KELAYAKAN:
1. Berumur 25 – 35 tahun.
2. Mempunyai lesen dan kenderaan sendiri.
3. Boleh bekerja di sekitar Senawang.
4. Tiada masalah kesihatan.
5. Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma atau pengalaman kerja di dalam bidang yang berkaitan.
6. Mahir menggunakan Komputer. (Basic knowledge Microsoft word, excel and powerpoint)
7. Mempunyai pengalaman di dalam penggunaan sistem HR seperti Infotech adalah satu kelebihan.
8. Cepat belajar, teliti dan mampu mengurus rekod Pentadbiran dengan sistematik.
9. Berpengetahuan dalam memproses permit-permit agensi Kerajaan adalah satu kelebihan.
10. Mempunyai pengalaman dalam pengurusan pentadbiran pejabat dan tugasan sumber manusia adalah satu kelebihan.
Pay: Up to RM1,700.00 per month
Benefits:
Work Location: In person
Important Information
Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.