jobs in Sinar Group

Sinar Group Hiring! Full Time GRAPHIC DESIGNER in Selangor, Earn up to MYR 2,000 - Ricebowl

GRAPHIC DESIGNER

Sinar Group

Share
Save

Working Location

  • Jalan Banting-Semenyih Kajang Selangor Malaysia

Job Description

Responsibilities

TUJUAN JAWATAN

Bertanggungjawab merancang, menghasilkan dan menyediakan bahan reka bentuk grafik serta visual kreatif bagi memenuhi keperluan pemasaran, promosi, pengiklanan dan komunikasi korporat semua syarikat di bawah Sinar Group. Memastikan setiap bahan grafik yang dihasilkan mempunyai reka bentuk yang menarik, kreatif, profesional dan selaras dengan identiti serta imej syarikat.

TANGGUNGJAWAB

  • Mereka bentuk dan menghasilkan poster promosi, poster jualan, banner, bunting, flyers, brochure serta bahan pemasaran lain mengikut keperluan syarikat.
  • Menyediakan bahan grafik bagi kempen pemasaran, promosi jualan, pelancaran produk, acara syarikat dan aktiviti korporat.
  • Menghasilkan reka bentuk visual berkaitan produk dan perkhidmatan syarikat termasuk kenderaan, motosikal serta produk lain di bawah Sinar Group.
  • Menyediakan kandungan visual untuk platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok, WhatsApp dan platform digital lain.
  • Menghasilkan reka bentuk grafik untuk kegunaan dalaman syarikat seperti memorandum, hebahan, pengumuman, notis dan bahan komunikasi pekerja.
  • Memastikan semua reka bentuk mematuhi identiti korporat, penggunaan logo, warna, susun atur dan imej jenama setiap syarikat.
  • Bekerjasama dengan pihak Marketing, Sales dan jabatan berkaitan bagi mendapatkan maklumat, idea serta keperluan reka bentuk.
  • Membuat pindaan dan penambahbaikan reka bentuk berdasarkan maklum balas serta arahan pihak pengurusan.
  • Memastikan setiap bahan grafik disiapkan mengikut tempoh masa dan keutamaan tugasan yang telah ditetapkan.
  • Mengurus, menyusun dan menyimpan semua fail reka bentuk, gambar, bahan visual dan artwork dalam sistem penyimpanan yang teratur untuk rujukan syarikat.
  • Memastikan hasil reka bentuk mempunyai kualiti yang baik, jelas dan sesuai dengan format kegunaan sama ada digital atau cetakan.
  • Mengikuti perkembangan trend reka bentuk grafik, pemasaran digital dan teknik kreatif bagi meningkatkan kualiti bahan visual syarikat.
  • Melaksanakan tugasan reka bentuk lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.

KELAYAKAN

  • Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Graphic Design, Multimedia, Creative Design atau bidang berkaitan.
  • Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang reka bentuk grafik adalah satu kelebihan.
  • Mahir menggunakan perisian reka bentuk seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Canva atau perisian berkaitan.
  • Mempunyai kreativiti, daya imaginasi dan kemahiran menghasilkan reka bentuk yang menarik serta berkualiti.
  • Mempunyai pemahaman yang baik dalam penggunaan warna, tipografi, susun atur dan identiti jenama.
  • Mampu bekerja secara individu dan berkumpulan serta boleh menerima arahan dan maklum balas.
  • Mampu mengurus masa, memenuhi tarikh akhir tugasan dan menyiapkan kerja mengikut keutamaan.
  • Mempunyai portfolio hasil kerja reka bentuk grafik untuk penilaian pihak syarikat.

KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN.

  • Kemahiran komunikasi dan layanan pelanggan yang baik.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Graphic Design, Multimedia, Creative Design atau bidang berkaitan.
  • Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang reka bentuk grafik adalah satu kelebihan.
  • Mahir menggunakan perisian reka bentuk seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Canva atau perisian berkaitan.
  • Mempunyai kreativiti, daya imaginasi dan kemahiran menghasilkan reka bentuk yang menarik serta berkualiti.
  • Mempunyai pemahaman yang baik dalam penggunaan warna, tipografi, susun atur dan identiti jenama.
  • Mampu bekerja secara individu dan berkumpulan serta boleh menerima arahan dan maklum balas.
  • Mampu mengurus masa, memenuhi tarikh akhir tugasan dan menyiapkan kerja mengikut keutamaan.
  • Mempunyai portfolio hasil kerja reka bentuk grafik untuk penilaian pihak syarikat.

KEMAHIRAN TERAS

  • Kreativiti dan inovasi.
  • Kemahiran reka bentuk visual.
  • Ketelitian dan perhatian terhadap perincian.
  • Pengurusan masa dan keutamaan kerja.
  • Komunikasi dan kerjasama berpasukan.
  • Kebolehan menyelesaikan masalah.
  • Sikap proaktif dan bertanggungjawab.

Pay: RM2,000.00 per month

Work Location: In person

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More