- Kota Bharu Kota Bharu Kelantan Malaysia 15300

Working Location
Job Description
Requirements
Bertanggungjawab untuk menguruskan aspek-aspek berkaitan sumber manusia seperti
pemilihan, pengambilan, pembangunan, pemeliharaan, dan pemecatan pekerja. Tugastugas
khusus termasuk merancang dan melaksanakan program latihan, menyelia polisi dan
prosedur keselamatan dan kesihatan pekerja, menguruskan pelan kesejahteraan pekerja,
dan memastikan pematuhan terhadap undang-undang buruh. Selain itu, Pengurus Sumber
Manusia juga harus berinteraksi dengan pekerja dan pengurus lain, memberi nasihat dan
sokongan dalam perkara berkaitan sumber manusia, dan menyediakan laporan berkaitan
sumber manusia kepada pengurusan Syarikat.
Responsibilities
Tanggungjawab Utama:
1. Unit Pengambilan Pekerja (Recruitment)
- Bekerjasama dengan team Recruiter dalam memastikan keperluan tenaga kerja
yang diperlukan oleh Syarikat mengikut kadar masa yang ditetapkan serta
pengambilan pekerja yang tepat berdasarkan bajet manning dan kos gaji yang telah
ditetapkan.
- Merancang strategi pengambilan pekerja yang berkesan, termasuk menggunakan
pelbagai saluran untuk menarik calon-calon yang berpotensi masuk ke dalam
Syarikat.
- Mengurangkan kadar pengambilan pekerja yang tidak berkelayakan dan tindakan
yang pantas perlu diambil sekiranya berlaku pengambilan pekerja yang tidak tepat.
- Memastikan pekerja yang diambil faham dengan jelas tentang Deskripsi Tugas yang
akan dilakukan.
2. Unit Latihan & Pembangunan (Training & Development)
- Bekerjasama dengan pasukan Training & Development dalam memastikan keperluan
aktiviti latihan dan pembangunan melalui Training Needs Analysis (TNA).
- Latihan dan Pembangunan bagi setiap jabatan/pekerja dilakukan sekurangkurangnya
enam (6) bulan sekali.
- Mengatur dan menyampaikan latihan kepada kakitangan Factory Mobile sama ada
melalui in house training atau outsource training untuk meningkatkan kemahiran,
kebolehan, dan pengetahuan pekerja.
- Mengukur hasil latihan melalui maklum balas peserta, penilaian prestasi, atau ujian
dalaman.
- Menyediakan perancangan pembangunan supaya pekerja terus berkembang dan
memajukan diri mengikut keperluan Syarikat.
3. Unit Pengurusan Prestasi
- Membangun dan melaksanakan sistem penilaian prestasi yang adil dan telus secara
berskala.
- Memberi maklum balas kepada pekerja dan membantu mereka mencapai matlamat
prestasi yang telah ditetapkan.
- Memastikan sentiasa mengamalkan sistem komunikasi dua (2) hala diantara Pekerja
dan Penyelia atau Pihak Pengurusan.
4. Unit Payroll & Faedah
- Menguruskan struktur gaji dan faedah yang kompetitif serta adil untuk menarik dan
mengekalkan pekerja.
- Memastikan pematuhan terhadap peraturan perburuhan yang berkaitan dengan gaji.
- Sentiasa meneliti dan menjaga kebajikan pekerja untuk memberi galakkan kepada
mereka agar terus kekal bersama Syarikat.
5. Unit Pengurusan Disiplin
- Menangani masalah hubungan pekerja, termasuk aduan, mediasi, dan penyelesaian
konflik.
- Membangun dan mengekalkan hubungan kerja yang positif antara Pekerja, Penyelia,
dan Pihak Pengurusan.
- Memastikan setiap pekerja mengetahui serta faham dengan jelas tentang Standard
Operating Procedure (SOP) Syarikat dan mereka melaksanakannya dengan berkesan.
6. Pematuhan Undang-Undang
- Memastikan semua amalan Sumber Manusia mematuhi undang-undang buruh yang
telah dikuatkuasakan.
- Menguruskan risiko yang berkaitan dengan undang-undang buruh, termasuk
pencegahan diskriminasi dan gangguan.
7. Pengurusan Perubahan
- Menyokong proses perubahan dalam organisasi, termasuk penstrukturan semula
atau perubahan budaya kerja.
- Berkomunikasi tentang perubahan tersebut secara jelas dan berkesan kepada
pekerja dan memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.
8. Pematuhan dan Dokumentasi
- Melengkapkan, mengesahkan, menyemak semua dokumen/ laporan yang berkaitan
dengan Jabatan Sumber Manusia serta sentiasa dikemaskini dengan betul tanpa
sebarang kesalahan atau penipuan maklumat.
- Memastikan tiada kesalahan yang boleh membawa kepada salah laku kecil,
sederhana, dan berat.
- Sentiasa mematuhi SOP Syarikat dan arahan yang diberikan melalui saluran rasmi
Syarikat iaitu aplikasi Telegram.
- Melakukan/ mempromosikan/ menghebahkan aktiviti pemasaran yang berlangsung
secara harian/ mingguan/ bulanan serta wajib melakukan aktiviti jualan (sales).
- Melaksanakan tugasan/ arahan yang diberikan oleh Pihak Syarikat sesuai dengan
tugas dan fungsinya.
Benefits
Important Information
Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.