jobs in ANUGERAH BESTARI INTERNATIONAL SDN BHD

ANUGERAH BESTARI INTERNATIONAL SDN BHD Hiring! Full Time CONTENT CREATOR in Selangor, Earn up to MYR 1,800 - Ricebowl

Ampang Jaya Municipal Council, Selangor

Share
Save

Working Location

  • Jalan Dagang 1/8 Ampang Jaya Municipal Council Selangor Malaysia

Job Description

Responsibilities

Skop Tugas dan Tanggungjawab:

  • Merancang, menghasilkan dan menerbitkan kandungan kreatif untuk platform media sosial syarikat seperti TikTok, Facebook, Instagram dan platform lain.
  • Menghasilkan video, gambar, poster dan bahan promosi berkaitan program serta aktiviti.
  • Menyediakan idea dan konsep kandungan yang menarik, kreatif serta bersesuaian dengan sasaran penonton, khususnya ibu bapa.
  • Mengendalikan proses rakaman video dan fotografi bagi aktiviti, program serta acara syarikat.
  • Melakukan editing video dan gambar menggunakan aplikasi atau perisian yang bersesuaian.
  • Menyediakan caption, copywriting dan hashtag yang menarik bagi setiap kandungan yang diterbitkan.
  • Memastikan kandungan yang dihasilkan mempunyai kualiti visual dan audio yang baik serta menepati identiti dan imej syarikat.
  • Mengikuti trend semasa media sosial dan menghasilkan kandungan yang relevan bagi meningkatkan engagement dan capaian penonton.
  • Bekerjasama dengan pihak pengurusan, HR, Marketing dan pihak cawangan bagi mendapatkan maklumat serta bahan untuk penghasilan kandungan.
  • Menyusun jadual kandungan (content calendar) dan memastikan semua kandungan diterbitkan mengikut perancangan.
  • Memantau prestasi kandungan media sosial seperti jumlah views, likes, shares, comments dan engagement.
  • Membuat penambahbaikan terhadap kandungan berdasarkan prestasi dan maklum balas penonton.
  • Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.

Kriteria Kelayakan

  • Mempunyai kemahiran dalam penghasilan kandungan kreatif dan digital.
  • Mahir menggunakan aplikasi editing seperti CapCut, Canva atau perisian yang bersesuaian.
  • Mempunyai pengetahuan tentang platform TikTok, Facebook dan Instagram.
  • Kreatif, inovatif dan sentiasa mengikuti trend semasa media sosial.
  • Mempunyai kemahiran fotografi dan videografi merupakan satu kelebihan.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan penulisan yang baik.
  • Boleh bekerja secara berkumpulan, berdikari dan menyiapkan tugasan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Faedah:

  • Bonus Tahunan
  • Elaun Perubatan
  • Kenaikan
  • Elaun Kehadiran

Pay: From RM1,800.00 per month

Benefits:

  • Company car

Work Location: In person

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More