jobs in MK FOODIE SDN BHD

MK FOODIE SDN BHD Hiring! Admin syarikat in Federal Territory, Earn up to MYR 2,000 - Ricebowl

Admin syarikat

MK FOODIE SDN BHD

KL City, Federal Territory

Share
Save

Working Location

  • Kuala Lumpur Federal Territory Malaysia

Job Description

Responsibilities

MK FOODIE SDN. BHD.

DESKRIPSI TUGAS JAWATAN: ADMIN / PENTADBIRAN

Bahagian: Pentadbiran & Operasi
Lapor Kepada: Pengurus / Pengarah Syarikat

SKOP TUGAS & TANGGUNGJAWAB

  • Mengurus, menyusun dan memastikan semua dokumen, fail, surat-menyurat serta rekod syarikat disimpan dengan teratur dan dikemas kini.
  • Menyediakan surat rasmi, memo, notis, quotation, invois serta dokumen pentadbiran lain mengikut keperluan syarikat.
  • Merekod dan menyemak jualan harian, penerimaan tunai, pembayaran QR/kad, perbelanjaan serta petty cash syarikat.
  • Menyusun resit, invois pembekal, Delivery Order (DO), bukti pembayaran serta menyediakan dokumen yang diperlukan untuk urusan akaun.
  • Mengurus rekod pekerja termasuk kehadiran, cuti, MC, kerja lebih masa (OT), pengiraan gaji serta dokumen berkaitan KWSP, PERKESO/SOCSO dan EIS.
  • Membantu urusan pengambilan pekerja baharu serta menyediakan dokumen seperti surat tawaran kerja, surat pengesahan dan surat amaran apabila diperlukan.
  • Berhubung dengan pembekal, mengurus pesanan barang, memantau pembelian serta membantu memastikan rekod stok dan keperluan operasi sentiasa terkawal.
  • Membantu mengurus platform jualan dan penghantaran makanan, tempahan pelanggan serta pertanyaan melalui telefon, WhatsApp atau saluran komunikasi syarikat.
  • Membantu mengurus pembaharuan lesen, permit, insurans serta dokumen berkaitan operasi syarikat.
  • Menyediakan laporan jualan, perbelanjaan, pembelian, stok, kehadiran pekerja dan laporan pentadbiran lain apabila diminta oleh pihak pengurusan.
  • Menjaga kerahsiaan semua maklumat syarikat termasuk maklumat kewangan, jualan, pekerja, gaji, pembekal dan dokumen dalaman syarikat.
  • Menjalankan apa-apa tugas pentadbiran dan operasi lain yang munasabah sebagaimana diarahkan oleh Pengurus atau Pengarah dari semasa ke semasa.

KELAYAKAN & KEMAHIRAN

  • Minimum SPM atau kelayakan yang setaraf.
  • Mempunyai sedikit pengalaman dalam bidang pentadbiran, kerani, akaun asas atau pekerjaan berkaitan.
  • Pengalaman dalam industri F&B adalah satu kelebihan.
  • Mempunyai pengetahuan asas Microsoft Word, Excel, e-mel dan penggunaan komputer.
  • Boleh membuat rekod serta pengiraan asas dengan tepat.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan pengurusan masa yang baik.
  • Amanah, jujur, teliti, berdisiplin dan bertanggungjawab.
  • Boleh bekerja secara sendiri atau dalam pasukan serta bersedia menerima arahan pihak pengurusan.

Pay: RM1,700.00 - RM2,000.00 per month

Benefits:

  • Additional leave
  • Meal provided
  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Work Location: In person

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More