The job you came for
Closed

Mekanik Kereta
AK AUTOWORKS SDN BHD
Closed about 24 days ago
Job Description
Responsibilities
Tanggungjawab Utama
- Menjalankan kerja servis, penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan mengikut SOP syarikat.
- Mengenal pasti punca kerosakan menggunakan pemeriksaan manual atau alat diagnostik.
- Melaksanakan servis berkala dan pembaikan sistem mekanikal seperti brek, suspensi, enjin dan transmisi.
- Memastikan kerja disiapkan mengikut masa yang ditetapkan dengan kualiti yang baik.
- Melakukan pemeriksaan dan ujian kenderaan selepas pembaikan sebelum diserahkan kepada pelanggan.
- Menjaga kebersihan kawasan kerja, peralatan bengkel dan mematuhi peraturan keselamatan.
- Melaporkan sebarang kerosakan, kekurangan alat ganti atau isu berkaitan kepada penyelia.
- Menjaga imej profesional syarikat semasa berurusan dengan pelanggan.
- Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh penyelia atau pihak pengurusan.
Kelayakan & Keperluan
- SKM Tahap 2/3 dalam bidang Automotif atau pengalaman sekurang-kurangnya 1–2 tahun dalam bidang berkaitan.
- Mempunyai pengetahuan asas sistem mekanikal dan diagnostik kenderaan.
- Boleh bekerja secara berdikari dan dalam satu pasukan.
- Rajin, bertanggungjawab, jujur dan menepati masa.
- Mempunyai Lesen Memandu Kelas D adalah wajib.
- Pengalaman dalam industri automotif adalah satu kelebihan
Faedah
- Komisen Bulanan
- Medical Claim
- Company Trip
Pay: RM1,700.00 - RM3,500.00 per month
Benefits:
- Opportunities for promotion
- Parental leave
Application Question(s):
- Adakah anda mempunyai lesen memandu kelas D?
- Bila anda boleh mula kerja?
- Sila nyatakan jangkaan gaji anda (RM)
Work Location: In person
