DESKRIPSI KERJA (JOB DESCRIPTION)JAWATAN: QUANTITY SURVEYOR (QS)
1. TUJUAN JAWATAN
Bertanggungjawab menguruskan aspek kos, bajet, pengiraan kuantiti bahan, sebut harga dan kawalan kewangan bagi setiap projek D&H Home bagi memastikan projek dilaksanakan mengikut bajet yang ditetapkan, mengurangkan pembaziran serta memastikan keuntungan syarikat terpelihara.
2. SKOP TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
A. Pengiraan Kos dan Penyediaan Sebut Harga
- Menyediakan anggaran kos projek berdasarkan lukisan, ukuran tapak dan spesifikasi pelanggan.
- Membuat pengiraan kuantiti bahan binaan (Material Take-Off).
- Menyediakan Bill of Quantities (BQ) dan senarai bahan yang diperlukan.
- Menyediakan sebut harga (Quotation) kepada pelanggan.
- Memastikan harga yang ditawarkan mengambil kira kos bahan, upah pekerja, pengangkutan, peralatan dan keuntungan syarikat.
- Membuat semakan dan pengiraan semula sekiranya terdapat perubahan skop kerja.
B. Pembelian dan Pengurusan Bahan
- Mendapatkan sebut harga daripada pembekal dan kontraktor.
- Membuat perbandingan harga bagi mendapatkan tawaran terbaik.
- Menyediakan Purchase Order (PO) mengikut keperluan projek.
- Memastikan bahan yang dibeli mengikut spesifikasi dan kuantiti yang diperlukan.
- Memantau kos pembelian bahan supaya tidak melebihi bajet projek.
- Berhubung dengan pembekal bagi memastikan penghantaran bahan mengikut jadual.
C. Kawalan Kos Projek
- Memantau kos sebenar projek berbanding bajet yang telah diluluskan.
- Menyediakan laporan kos projek secara berkala.
- Memastikan setiap perbelanjaan projek direkodkan dengan lengkap.
- Mengenal pasti pembaziran dan lebihan penggunaan bahan.
- Mencadangkan langkah penjimatan kos tanpa menjejaskan kualiti kerja.
- Memastikan setiap projek mencapai sasaran keuntungan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
D. Pengurusan Variation Order (VO)
- Menyediakan pengiraan kos bagi kerja tambahan atau perubahan skop kerja pelanggan.
- Menyediakan sebut harga tambahan (Variation Order).
- Mendapatkan kelulusan pelanggan sebelum kerja tambahan dilaksanakan.
- Memastikan semua perubahan kerja direkodkan dan dimasukkan dalam kos projek.
- Memaklumkan kepada pihak pengurusan mengenai sebarang perubahan yang memberi kesan kepada bajet projek.
E. Pemantauan Projek dan Tapak
- Membuat lawatan ke tapak projek jika diperlukan.
- Memastikan kuantiti bahan yang digunakan bersesuaian dengan kerja yang dilaksanakan.
- Berhubung dengan Project Manager, Site Supervisor dan pekerja tapak berkaitan keperluan bahan.
- Menyemak tuntutan bayaran kontraktor dan subkontraktor berdasarkan kerja yang telah disiapkan.
- Membantu menyelesaikan isu berkaitan kos dan bahan sepanjang pelaksanaan projek.
F. Dokumentasi dan Laporan
- Menyediakan laporan kos dan bajet setiap projek.
- Menyimpan rekod sebut harga, invois, PO dan resit pembelian.
- Menyediakan rekod perbandingan kos projek.
- Menyediakan laporan keuntungan dan kerugian projek.
- Memastikan semua dokumen berkaitan projek disimpan dengan teratur dan mudah dirujuk.
3. KELAYAKAN DAN KEMAHIRAN
- Mempunyai Diploma atau Ijazah dalam bidang Quantity Surveying atau bidang berkaitan.
- Mempunyai pengalaman dalam bidang pembinaan atau renovasi rumah adalah satu kelebihan.
- Mahir menggunakan Microsoft Excel dan Microsoft Office.
- Boleh membaca dan memahami lukisan pembinaan.
- Mempunyai kemahiran pengiraan kos dan pengurusan bajet.
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan rundingan yang baik.
- Teliti, bertanggungjawab, jujur dan boleh bekerja secara berdikari.
- Boleh bekerja mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Pay: RM2,000.00 - RM3,000.00 per month
Work Location: In person