- Melaka Malaysia
Working Location
Job Description
Responsibilities
TUJUAN JAWATAN
- Bertanggungjawab membantu Executive Chef dalam mengurus dan menyelia operasi dapur bagi bahagian Banquet dan Western Kitchen, memastikan penyediaan makanan berjalan lancar serta menepati standard kualiti, rasa, persembahan, kebersihan dan keselamatan makanan yang ditetapkan oleh syarikat.
TANGGUNGJAWAB UTAMA
- Membantu Executive Chef dalam mengurus operasi harian Banquet dan Western Kitchen.
- Menyelia dan memberi arahan kepada Chef de Partie, Commis dan kakitangan dapur dalam menjalankan tugasan harian.
- Memastikan semua makanan disediakan mengikut resipi, standard portion, kualiti dan persembahan yang telah ditetapkan.
- Bertanggungjawab dalam penyediaan menu dan makanan untuk banquet, function, buffet serta operasi restoran apabila diperlukan.
- Mengawasi penyediaan hidangan Western dan memastikan rasa, kualiti serta persembahan makanan konsisten.
- Memastikan mise en place disediakan secukupnya sebelum operasi atau function bermula.
- Membuat pemeriksaan terhadap bahan mentah bagi memastikan kualiti dan kesegarannya.
- Memastikan penggunaan bahan mentah dikawal bagi mengurangkan pembaziran dan kos makanan.
- Memantau stok bahan makanan dan memaklumkan kepada pihak berkaitan sekiranya stok tidak mencukupi.
- Memastikan semua makanan disimpan dengan betul serta mengikut prosedur FIFO.
- Memastikan suhu makanan, penyimpanan dan pengendalian makanan mematuhi standard keselamatan makanan.
- Memastikan kawasan dapur, peralatan memasak dan tempat penyediaan makanan sentiasa bersih dan teratur.
- Memastikan semua kakitangan dapur mematuhi prosedur kebersihan, keselamatan dan peraturan syarikat.
- Membantu merancang keperluan tenaga kerja dan pembahagian tugasan mengikut operasi dan jumlah function.
- Memantau prestasi kakitangan dapur serta memberi tunjuk ajar dan latihan apabila diperlukan.
- Membantu menyelesaikan sebarang masalah operasi dapur dengan segera dan berkesan.
- Memastikan penyediaan makanan untuk banquet/function mengikut jadual dan masa yang ditetapkan.
- Berkomunikasi dan bekerjasama dengan pihak Banquet, F&B
- Service dan jabatan berkaitan bagi memastikan kelancaran operasi.
- Membantu dalam pemeriksaan kualiti makanan sebelum makanan dihantar atau dihidangkan kepada pelanggan.
- Memastikan peralatan dapur digunakan dengan betul dan melaporkan sebarang kerosakan kepada pihak berkaitan.
- Membantu Executive Chef dalam kawalan kos makanan dan memastikan operasi dapur dijalankan secara efisien.
- Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh Executive Chef atau pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
KELAYAKAN & KEPERLUAN
- Minimum Diploma/Sijil dalam bidang Culinary Arts, Food & Beverage atau kelayakan yang setaraf.
- Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang dapur, khususnya Western Kitchen dan Banquet.
- Mempunyai pengalaman sebagai Chef de Partie atau jawatan yang setaraf adalah satu kelebihan.
- Mempunyai pengetahuan yang baik mengenai teknik memasak Western Cuisine.
- Mempunyai kemahiran dalam pengurusan dapur, kawalan stok dan kawalan kos makanan.
- Mempunyai kemahiran kepimpinan dan mampu menyelia pasukan dapur.
- Mempunyai pengetahuan mengenai kebersihan dan keselamatan makanan.
- Mampu bekerja dalam persekitaran yang pantas dan tekanan tinggi, terutama semasa operasi banquet dan function.
- Bersedia bekerja secara syif, hujung minggu dan cuti umum.
- Mempunyai disiplin, sikap bertanggungjawab dan kemahiran kerja berpasukan yang baik.
Pay: RM4,500.00 - RM5,500.00 per month
Work Location: In person
Important Information
Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.