Skop Tugas dan Tanggungjawab:
- Mengendalikan sesi siaran langsung (TikTok Live, Facebook Live dan platform media sosial lain) mengikut jadual yang ditetapkan.
- Memperkenalkan, mempromosikan dan menerangkan produk, program serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat.
- Menyampaikan maklumat dengan jelas, menarik, yakin dan kreatif bagi menarik perhatian penonton.
- Berinteraksi secara aktif dengan penonton dengan menjawab pertanyaan, komen dan maklum balas sepanjang sesi live.
- Menyediakan skrip, idea dan perancangan kandungan sebelum sesi siaran langsung.
- Memastikan sesi live berjalan lancar serta mematuhi garis panduan dan imej profesional syarikat.
- Bekerjasama dengan pasukan Content Creator dan Marketing dalam menghasilkan kandungan promosi.
- Membantu meningkatkan jumlah tontonan, pengikut, engagement dan potensi pelanggan melalui sesi live.
- Membuat persediaan peralatan seperti kamera, mikrofon, pencahayaan dan internet sebelum sesi live.
- Menyediakan laporan ringkas prestasi sesi live seperti jumlah tontonan, komen, engagement dan pertanyaan pelanggan.
- Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Kriteria Kelayakan
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan yakin bercakap di hadapan kamera.
- Berpenampilan kemas, menarik dan mempunyai personaliti yang ceria.
- Kreatif, aktif dan mempunyai idea untuk menarik perhatian penonton.
- Mempunyai pengetahuan asas tentang platform TikTok, Facebook dan media sosial.
- Mempunyai pengalaman sebagai Live Host merupakan satu kelebihan.
- Boleh bekerja secara berkumpulan dan mengikut jadual yang ditetapkan.
Faedah :
Bonus Tahunan, Elaun Perubatan, Kenaikan, Elaun Kehadiran
Pay: From RM1,800.00 per month
Benefits:
Work Location: In person