Kami sedang mencari calon yang berdisiplin, amanah dan bertanggungjawab untuk menyertai pasukan kami sebagai PEMANDU LORI bagi urusan penghantaran dan pengambilan stok syarikat (minuman & makanan )
1. Menghantar produk syarikat ke pasar raya, mini market dan outlet pelanggan.
2. Mengambil stok/barangan dari kilang dan pembekal mengikut arahan.
3. Memastikan kuantiti dan keadaan barang adalah tepat sebelum penghantaran.
4. Membantu kerja memuatkan dan menurunkan barang dari lori.
5. Memastikan barangan dihantar dalam keadaan baik dan mengikut jadual.
6. Mengurus dokumen penghantaran (Delivery Order – DO) dan mendapatkan pengesahan penerimaan barang.
7. Memastikan lori sentiasa bersih, selamat dan berada dalam keadaan baik.
8. Melaporkan sebarang kerosakan, kehilangan atau masalah penghantaran kepada pihak syarikat.