1. PENGURUSAN HACCP
- Memastikan pelaksanaan sistem HACCP di dapur hospital mengikut prosedur, polisi syarikat dan keperluan yang ditetapkan.
- Memantau pematuhan prosedur keselamatan dan kebersihan makanan di semua peringkat operasi.
- Mengenal pasti bahaya keselamatan makanan dan memastikan langkah kawalan dilaksanakan.
- Memantau Critical Control Point (CCP) serta memastikan rekod pemantauan dibuat dengan lengkap dan tepat.
2. PEMANTAUAN OPERASI DAPUR
- Membuat pemeriksaan dan pemantauan secara berkala di kawasan penerimaan bahan mentah, penyimpanan, penyediaan, memasak, penyejukan dan penghidangan makanan.
- Memastikan suhu makanan, peti sejuk, freezer dan peralatan berkaitan dipantau serta direkodkan.
- Memastikan amalan pengendalian makanan oleh kakitangan mematuhi prosedur keselamatan makanan.
- Memantau kebersihan diri kakitangan, pakaian kerja, penggunaan sarung tangan dan amalan kebersihan yang berkaitan.
3. REKOD DAN DOKUMENTASI
- Memastikan semua borang, rekod dan dokumen HACCP diisi dengan lengkap, tepat dan pada masa yang ditetapkan.
- Menyediakan dan menyelenggara laporan HACCP secara berkala untuk semakan pihak Pengurusan.
- Memastikan semua rekod HACCP disusun, difailkan dan disimpan dengan baik untuk tujuan rujukan dan audit.
- Menyediakan laporan berkaitan ketidakpatuhan, tindakan pembetulan dan hasil pemantauan.
- Memastikan laporan dan dokumen yang diperlukan dihantar kepada pihak Pengurusan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
4. TINDAKAN PEMBETULAN
- Mengenal pasti sebarang ketidakpatuhan berkaitan keselamatan makanan.
- Mengambil atau mencadangkan tindakan pembetulan terhadap ketidakpatuhan yang dikenal pasti.
- Membuat pemantauan susulan bagi memastikan tindakan pembetulan telah dilaksanakan.
- Melaporkan sebarang isu kritikal kepada Pengurus Operasi atau pihak Pengurusan dengan segera.
5. AUDIT DAN PEMERIKSAAN
- Membantu pihak Pengurusan dalam penyediaan dokumen dan rekod untuk tujuan audit.
- Mengiringi atau membantu semasa audit dalaman dan audit pihak hospital atau pihak berkuasa berkaitan.
- Menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan semasa pemeriksaan atau audit.
- Memastikan sebarang teguran atau ketidakpatuhan hasil audit diambil tindakan dalam tempoh yang ditetapkan.
6. LATIHAN DAN PEMANTAUAN KAKITANGAN
- Memberi penerangan dan latihan berkaitan keselamatan makanan, kebersihan dan prosedur HACCP kepada kakitangan dapur.
- Memantau pematuhan kakitangan terhadap prosedur kerja yang telah ditetapkan.
- Memberi teguran atau melaporkan ketidakpatuhan kakitangan kepada penyelia atau pihak Pengurusan.
7. KERJASAMA DENGAN PIHAK HOSPITAL
- Berhubung dengan pihak hospital bagi perkara berkaitan keselamatan makanan dan pematuhan HACCP.
- Memberikan kerjasama semasa pemeriksaan, pemantauan atau audit oleh pihak hospital.
- Memaklumkan kepada pihak Pengurusan sebarang arahan, teguran atau isu daripada pihak hospital yang berkaitan dengan HACCP.
8. TANGGUNGJAWAB KEPADA MAJIKAN
- Melaksanakan semua arahan kerja yang berkaitan dengan skop tugas HACCP yang diberikan oleh pihak Pengurusan.
- Menjaga kerahsiaan dokumen dan maklumat syarikat serta hospital.
- Memastikan semua tugasan dan laporan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Bertanggungjawab terhadap ketepatan dan kelengkapan dokumen HACCP yang disediakan di bawah tanggungjawabnya.
- Melaporkan dengan segera kepada pihak Pengurusan sekiranya terdapat masalah yang boleh menjejaskan keselamatan makanan atau pematuhan HACCP.
- Melaksanakan apa-apa tugasan lain yang berkaitan dengan HACCP dan operasi perkhidmatan makanan yang diarahkan oleh pihak Pengurusan dari semasa ke semasa.
9. TANGGUNGJAWAB UTAMA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
Pegawai HACCP bertanggungjawab memastikan:
“Dokumen direkodkan dengan lengkap, pemantauan dilaksanakan, ketidakpatuhan diambil tindakan dan laporan HACCP disediakan serta dihantar kepada pihak Pengurusan dalam tempoh yang ditetapkan.”
Kegagalan melaksanakan tugasan, menyediakan rekod atau menghantar laporan yang diperlukan tanpa alasan yang munasabah boleh dirujuk kepada pihak Pengurusan untuk tindakan selanjutnya mengikut prosedur syarikat
Pay: From RM2,500.00 per month
Benefits:
Work Location: In person