Responsibilities :
1) Aktiviti Penternakan Ikan Harian.
- Melaksanakan tugas penternakan ikan harian mengikut arahan penyelia.
- Membantu dalam pemberian makanan, penuaian atau penternakan dan pemindahan ikan.
2) Penyelenggaraan Sangkar Ikan dan Peralatan.
- Membersihkan, membaiki dan menggantikan pukat apabila diperlukan.
- Memastikan sangkar ikan, tali dan peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik.
3) Penjagaan dan Pemantauan Kesihatan Ikan.
- Memberikan makanan kepada ikan mengikut jadual yang ditetapkan.
- Memantau keadaan ikan dan melaporkan sebarang keadaan luar biasa.
4) Kebersihan dan Keselamatan.
- Memastikan kawasan kerja, sangkar ikan dan peralatan sentiasa bersih.
- Mematuhi prosedur keselamatan dan menggunakan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang bersesuaian.
- Memastikan bot kerja dan kawasan akuakultur sentiasa bersih dan teratur.
5) Pelaporan dan Penyimpanan Rekod.
- Melaporkan kematian ikan, kerosakan pukat dan masalah operasi.
- Merekodkan aktiviti harian mengikut arahan yang diberikan.
- Melaporkan dengan segera sebarang keadaan yang tidak selamat, kemalangan dan insiden operasi lain.
- Memaklumkan kepada penyelia terdapat pukat rosak, tali longgar, sangkar pecah atau peralatan yang lain tidak berfungsi dengan baik.
Requirements :
- Minimum pendidikan sekolah rendah atau kelayakan yang setaraf.
- Tiada kelayakan profesional khusus diperlukan.
- Bersedia menjalankan kerja fizikal dan kerja luar dalam persekitaran marin.
- Pengalaman terdahulu dalam penternakan ikan, akuakultur, operasi sangkar ikan, pembersihan pukat atau penyelengaraan am merupakan satu kelebihan.
- Calon baru tanpa pengalaman juga boleh memohon sekiranya mempunyai kesediaan untuk belajar.
- Pengetahuan asas mengenai penyelenggaraan dan pembersihan sangkar ikan merupakan satu kelebihan.
- Berkebolehan mengendalikan peralatan asas, tali, pukat dan peralatan operasi.
- Berkebolehan menjalankan kerja pengendalian secara manual dan tugas fizikal dengan selamat.
- Mempunyai pemahaman asas mengenai keselamatan tempat kerja dan amalan menjaga kebersihan serta kekemasan.
- Berkebolehan mengikuti arahan kerja dan melaporkan masalah operasi dengan tepat.
- Berkebolehan bekerja secara berkesan dalam satu pasukan.
- Berkebolehan mengikuti arahan daripada penyelia dan pihak pengurusan.
- Bertanggungjawab, berdisiplin, menepati masa dan rajin bekerja.
Work Location: In person