- Shah Alam Selangor Malaysia
Working Location
Job Description
Responsibilities
TUJUAN JAWATAN
Memastikan segala urusan luar pejabat dan tugasan penghantaran serta pengambilan dokumen syarikat dapat dilaksanakan dengan cekap, tepat, selamat dan mengikut tempoh yang ditetapkan, termasuk urusan dengan JPJ, Kastam, PUSPAKOM, bank dan agensi berkaitan. Jawatan ini juga bertanggungjawab membantu kelancaran operasi harian syarikat melalui pengurusan dokumen, wang tunai, cek, Banker’s Cheque dan urusan pembayaran yang telah diarahkan serta diluluskan oleh pihak yang berkaitan.
TANGGUNGJAWAB HARIAN
Urusan JPJ
Menguruskan urusan pendaftaran, pertukaran hak milik, pembaharuan dan urusan berkaitan kenderaan di JPJ.
Menghantar dan mengambil dokumen yang diperlukan bagi urusan JPJ.
Memastikan semua dokumen yang dibawa adalah lngkap, tepat dan mendapatkan kelulusan daripada pihak yang berkaitan.
Membuat susulan terhadap status permohonan dan pendaftaran kenderaan sehingga selesai.
Memaklumkan kepada pihak Admin/Operasi sekiranya terdapat sebarang masalah, kelewatan atau dokumen tambahan yang diperlukan.
Urusan Kastam.
Menguruskan urusan berkaitan Kastam termasuk penghantaran dan pengambilan dokumen.
Membantu dalam urusan bayaran cukai Kastam dan urusan pelepasan kenderaan.
Membuat bayaran cukai atau caj Kastam berdasarkan arahan dan dokumen yang telah diluluskan.
Mengambil dan menyerahkan dokumen Kastam kepada pihak Admin/Operasi untuk tujuan rekod dan filing.
Memastikan semua urusan Kastam dibuat dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan atau caj tambahan.
Urusan Bank dan transaksi syarikat.
Membuat bank in wang tunai dan cek ke dalam akaun syarikat berdasarkan arahan pihak yang diberi kuasa.
Menghantar cek, wang tunai dan dokumen bank yang ditetapkan.
Menguruskan urusan Banker’s cheque/ bank draft mengikut arahan dan keperluan syarikat.
Membuat bayaran atau transaksi bank yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan/akaun.
Mengambil dan menyerahkan slip bank-in, reit serta dokumen transaksi kepada pihak accounts untuk rekod.
Memastikan semua wang atau dokumen yang diamanahkan dijaga dengan selamat sepanjang urusan dijalankan.
Penghantaran dan pengambilan dokumen.
Menghantar dan mengambil dokumen rasmi syarikat kepada pelanggan, vendor,bank, JPJ, Kastam, PUSPAKOM, pejabat kerajaan dan pihak berkaitan.
Memastikan dokumen dihantar kepada penerima yang betul dan mendapatkan bukti penerimaan sekiranya diperlukan.
Membantu mengambil dokumen, surat, resit, invois dan barang-barang kecil yang berkaitan dengan operasi syarikat.
Memastikan semua dokumen yang telah diambil dihantar semula kepada jabatan berkaitan dengan segera.
Urusan PUSPAKOM dan agensi berkaitan.
Membantu menguruskan urusan kenderaan di PUSPAKOM berdasarkan arahan pihak Admin/Operation.
Menghantar dan mengambil dokumen berkaitan pemeriksaan kenderaan.
Membuat susulan terhadap status pemeriksaan dan melaporkan sebarang isu kepada pihak berkaitan.
Membantu dalam urusan dengan agensi kerajaan atau pihak luar yang berkaitan dengan proses kenderaan syarikat.
Urusan Pejabat/Office support
Membantu melaksanakan tugasan luar pejabat yang berkaitan dengan operasi harian syarikat.
Membuat pengantaran surat, dokumen, barang atau keperluan pejabat ke cawangan atau lokasi yang ditetapkan.
Membantu mengambil stok, dokumen, alat ganti atau keperluan operasi apabila diarahkan.
Membantu jabatan lain dalam tugasan luar pejabat yang munasabah dan berkaitan dengan operasi.
Rekod dan bukti transaksi.
Menyerahkan semua resit, slip bank-in, banker’s cheque, dokumen JPJ, Kastam dan dokumen lain kepada department berkaitan selepas urusan selesai.
Memastikan setiap urusan mempunyai bukti transaksi atau dokumen sokongan yang lengkap.
Membantu memastikan dokumen yang telah selesai dipulangkan kepada pihak admin/account untuk tujuan rekod dan audit.
Melaporkan dengan segera sekiranya berlaku kehilangan dokumen, wang, resit atau sebarang ketidakselarasan.
Pematuhan arahan dan keselamatan.
Mematuhi semua arahan kerja, SOP dan prosedur keselamatan syarikat.
Tidak membuat sebarang bayaran, transaksi atau keputusan bagi pihak syarikat tanpa arahan atau kelulusan yang sewajarnya.
Menjaga kerahsiaan dokumen, maklumat pelanggan dan urusan kewangan syarikat.
Menjaga kenderaan syarikat/kenderaan yang digunakan untuk tugasan dan memastikan ia digunakan hanya untuk tujuan kerja.
Pay: RM1,700.00 - RM2,000.00 per month
Work Location: In person
Important Information
Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.