jobs in MKM MART SDN BHD

MKM MART SDN BHD Hiring! Full Time PENGURUS BESAR (GENERAL MANAGER) in Selangor, Earn up to MYR 6,500 - Ricebowl

PENGURUS BESAR (GENERAL MANAGER)

MKM MART SDN BHD

Subang Bestari, Selangor

Share
Save

Working Location

  • Subang Bestari Selangor Malaysia

Job Description

Responsibilities

MKM SECURITY FORCE SDN. BHD.

TUJUAN JAWATAN

Bertanggungjawab menerajui keseluruhan pengurusan, operasi dan pembangunan perniagaan syarikat bagi memastikan kelancaran perkhidmatan keselamatan, pencapaian sasaran kewangan serta pematuhan terhadap dasar dan peraturan yang ditetapkan.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

  • Merancang, mengurus dan memantau keseluruhan operasi serta pentadbiran syarikat.
  • Merangka strategi pembangunan perniagaan bagi meningkatkan pendapatan dan mendapatkan kontrak baharu.
  • Memastikan penempatan, pengurusan dan prestasi anggota keselamatan memenuhi keperluan operasi serta pelanggan.
  • Memantau pelaksanaan Standard Operating Procedures (SOP), disiplin anggota dan kualiti perkhidmatan keselamatan.
  • Mengurus tender, sebut harga, rundingan kontrak serta hubungan strategik dengan pelanggan.
  • Merancang dan mengawal bajet, kos operasi, prestasi kewangan serta keuntungan syarikat.
  • Memimpin dan menilai prestasi pasukan pengurusan serta memastikan pencapaian Key Performance Indicators (KPI).
  • Memastikan pematuhan terhadap Akta Agensi Persendirian 1971, syarat pelesenan KDN dan perundangan berkaitan.
  • Menyelaras pengurusan sumber manusia, latihan, kebajikan dan pembangunan tenaga kerja bersama jabatan berkaitan.
  • Mengurus isu operasi, aduan pelanggan, risiko keselamatan serta pelaksanaan tindakan penambahbaikan.
  • Menyediakan laporan prestasi operasi, kewangan dan perkembangan perniagaan kepada pihak Pengurusan Tertinggi.
  • Melaksanakan sebarang tugas tambahan atau arahan ad hoc yang diberikan oleh Pengarah Syarikat atau pihak Pengurusan Tertinggi dari semasa ke semasa.

KELAYAKAN DAN PENGALAMAN

  • Minimum Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan, Keselamatan atau bidang berkaitan.
  • Pengalaman sekurang-kurangnya 8–10 tahun, termasuk 5 tahun dalam jawatan pengurusan.
  • Keutamaan kepada calon berpengalaman dalam industri perkhidmatan keselamatan.
  • Berpengetahuan dalam pengurusan operasi, tender, kontrak, kewangan dan pematuhan perundangan.
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan, komunikasi, perundingan dan penyelesaian masalah yang baik.
  • Berintegriti, berdisiplin, proaktif dan berorientasikan pencapaian.

Pay: RM6,000.00 - RM6,500.00 per month

Benefits:

  • Additional leave
  • Cell phone reimbursement
  • Company car
  • Dental insurance
  • Flexible schedule
  • Maternity leave
  • Meal provided
  • Opportunities for promotion
  • Parental leave
  • Professional development
  • Work from home

Work Location: In person

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More