- Puchong Selangor Malaysia
Working Location
Job Description
Responsibilities
Jawatan: Math Tutor (Full Time) Form 1–5 cum Live Host
Deskripsi Tugas
Kami di Menteepro Sdn. Bhd. sedang mencari 2 individu yang bersemangat, kreatif dan berkemahiran tinggi untuk mengisi jawatan sebagai Math Tutor cum Live Host. Kami memerlukan seorang guru Matematik Tingkatan 1-3 dan guru Matematik & Add Math Tingkatan 4-5.
Tanggungjawab Utama
1. Mengendalikan Kelas Matematik
Mengendalikan kelas Matematik secara dalam talian mengikut jadual yang telah ditetapkan serta memastikan setiap sesi pembelajaran disampaikan dengan jelas, tersusun dan mudah difahami oleh pelajar.
2. Menyediakan Bahan Pengajaran
Merancang dan menyediakan bahan pembelajaran seperti nota, latihan, soalan, kuiz, slide pembentangan serta bahan ulang kaji yang bersesuaian dengan silibus dan tahap pelajar.
3. Menghasilkan Content Pendidikan
Merancang, menyediakan dan menghasilkan kandungan berkaitan Matematik untuk platform media sosial syarikat seperti TikTok, Instagram, Facebook dan platform lain yang berkaitan.
4. Mengendalikan Sesi Live
Mengendalikan sesi live di platform media sosial untuk berkongsi tips, teknik menjawab soalan, penerangan konsep Matematik serta kandungan pendidikan yang dapat menarik dan memberi manfaat kepada pelajar.
5. Memantau Prestasi Pelajar
Memantau perkembangan dan tahap penguasaan pelajar serta mengenal pasti topik atau kemahiran yang memerlukan perhatian dan penambahbaikan.
6. Merancang Pembelajaran Pelajar
Membantu merancang perjalanan pembelajaran, latihan dan ulang kaji pelajar supaya mereka dapat mengikuti silibus serta membuat persediaan yang baik untuk peperiksaan.
7. Terlibat dalam Aktiviti Akademik Syarikat
Memberikan kerjasama dalam program akademik, kelas tambahan, webinar, seminar, bengkel atau aktiviti pendidikan lain yang dianjurkan oleh syarikat apabila diperlukan.
KRITERIA CALON
Kelayakan
* Minimum kelulusan: Diploma atau Ijazah dalam bidang berkaitan.
* Minat dan boleh mengajar secara online dan live di tiktok.
* Kemahiran komunikasi yang tinggi dan yakin di hadapan kamera.
Job Types: Full-time, Fresh graduate, Student job
Pay: RM2,500.00 - RM3,500.00 per month
Benefits:
Ability to commute/relocate:
Education:
Location:
Work Location: In person
Important Information
Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.