jobs in TBG INTERNATIONAL ACADEMY SDN BHD

TBG INTERNATIONAL ACADEMY SDN BHD Hiring! Full Time Guru Besar Tadika @ Supervisor Taska (Wanita Sahaja) in Kedah - Ricebowl

Guru Besar Tadika @ Supervisor Taska (Wanita Sahaja)

Share
Save

Working Location

  • Kulim Kedah Malaysia

Job Description

Responsibilities

GURU BESAR

Skop tugas:

1. Pengurusan Operasi Harian

  • Mengurus dan memantau operasi harian tadika dengan lancar dan teratur.
  • Memastikan SOP, polisi dan arahan pihak pengurusan dipatuhi.
  • Mengurus mesyuarat, program dan aktiviti tadika.

2. Pemantauan dan Penjagaan Kanak-Kanak:

  • Memastikan keselamatan, kebersihan dan kebajikan murid sentiasa terjaga.
  • Membantu meningkatkan kualiti pengajaran, perkhidmatan dan pengalaman murid di tadika.
  • Memantau perkembangan akademik, sahsiah dan aktiviti murid.

3. Pengurusan Kakitangan:

  • Menyelia, membimbing dan memantau prestasi guru serta staf.
  • Memastikan guru melaksanakan PdP mengikut kurikulum, jadual dan standard yang ditetapkan.
  • Memantau disiplin, kehadiran dan prestasi guru serta staf.

4. Komunikasi dengan Ibu Bapa/Penjaga:

  • Mengurus komunikasi dan hubungan baik dengan ibu bapa/penjaga.
  • Berkomunikasi dengan ibu bapa atau penjaga mengenai perkembangan, kesejahteraan, dan keperluan kanak-kanak.
  • Menangani sebarang aduan atau kebimbangan yang disuarakan oleh ibu bapa atau penjaga

5. Penyediaan Laporan

  • Menyediakan laporan yuran mingguan, bulanan kepada pengurusan
  • Menyediakan laporan berkala berkaitan operasi, prestasi guru dan perkembangan tadika kepada pihak pengurusan.
  • Menyediakan laporan cawangan kepada Pengasas secara mingguan

6. Perancangan dan Pelaksanaan Program:

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran dan perkembangan untuk kanak-kanak, termasuk aktiviti fizikal, kreatif, dan pendidikan.
  • Menyusun program harian dan mingguan yang seimbang, merangkumi aspek pembelajaran, bermain, dan rehat.

7. Pengurusan Rekod dan Dokumentasi:

  • Menyimpan dan mengemaskini rekod kanak-kanak termasuk maklumat peribadi, kehadiran, perkembangan, dan kesihatan.
  • Menguruskan rekod kakitangan dan memastikan dokumentasi berkaitan peraturan dan garis panduan taska diselenggara dengan baik.

8. Pematuhan Undang-Undang dan Garis Panduan:

  • Memastikan taska mematuhi semua undang-undang, peraturan, dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.
  • Memaklumkan kepada Admin tarikh tamat tempoh permit mengajar guru-guru

9. Penyelesaian Masalah:

  • Menyelesaikan sebarang masalah yang timbul di taska, sama ada berkaitan kanak-kanak, kakitangan, atau ibu bapa.
  • Mengambil tindakan yang sesuai dalam situasi kecemasan atau apabila berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

10. Lain-lain Tugas:

  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan tertinggi yang berkaitan dengan operasi dan pengurusan taska.

PENYELIA TASKA

Skop tugas:

1. Pengurusan Operasi Harian

  • Mengawasi dan memastikan kelancaran operasi harian taska.
  • Menyediakan jadual tugas harian untuk pengasuh dan kakitangan taska.
  • Memastikan semua aktiviti di taska berjalan mengikut peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.

2. Pemantauan dan Penjagaan Kanak-Kanak:

  • Mengawasi keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di taska.
  • Memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan yang berkualiti dan mengikut standard yang ditetapkan.
  • Menyediakan program pembelajaran awal yang sesuai dengan umur dan keperluan perkembangan kanak-kanak.

3. Pengurusan Kakitangan:

  • Mengawasi prestasi kerja kakitangan taska, termasuk pengasuh dan pekerja sokongan.
  • Memberikan latihan dan bimbingan kepada kakitangan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam penjagaan kanak-kanak.
  • Mengadakan mesyuarat berkala dengan kakitangan untuk membincangkan sebarang isu atau penambahbaikan yang perlu.
  • Memantau RPA dan Daily report yang disediakan oleh guru taska setiap minggu.

4. Komunikasi dengan Ibu Bapa/Penjaga:

  • Berkomunikasi dengan ibu bapa atau penjaga mengenai perkembangan, kesejahteraan, dan keperluan kanak-kanak.
  • Menangani sebarang aduan atau kebimbangan yang disuarakan oleh ibu bapa atau penjaga.
  • Menyediakan laporan perkembangan kanak-kanak secara berkala kepada ibu bapa.
  • Memantau laporan perkembangan yang disediakan oleh guru taska

5. Pemantauan Keselamatan dan Kebersihan:

  • Memastikan kebersihan dan keselamatan di kawasan taska sentiasa terjaga.
  • Mengawasi penggunaan peralatan dan kemudahan di taska bagi memastikan ianya selamat untuk digunakan.
  • Memastikan semua peralatan dan mainan kanak-kanak berada dalam keadaan baik dan sesuai digunakan.

6. Perancangan dan Pelaksanaan Program:

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran dan perkembangan untuk kanak-kanak, termasuk aktiviti fizikal, kreatif, dan pendidikan.
  • Menyusun program harian dan mingguan yang seimbang, merangkumi aspek pembelajaran, bermain, dan rehat.

7. Pengurusan Rekod dan Dokumentasi:

  • Menyimpan dan mengemaskini rekod kanak-kanak termasuk maklumat peribadi, kehadiran, perkembangan, dan kesihatan.
  • Menguruskan rekod kakitangan dan memastikan dokumentasi berkaitan peraturan dan garis panduan taska diselenggara dengan baik.

8. Pematuhan Undang-Undang dan Garis Panduan:

  • Memastikan taska mematuhi semua undang-undang, peraturan, dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.
  • Memaklumkan kepada Admin tarikh tamat tempoh lesen dan kelulusan taska.

9. Penyelesaian Masalah:

  • Menyelesaikan sebarang masalah yang timbul di taska, sama ada berkaitan kanak-kanak, kakitangan, atau ibu bapa.
  • Mengambil tindakan yang sesuai dalam situasi kecemasan atau apabila berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

10. Lain-lain Tugas:

  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan tertinggi yang berkaitan dengan operasi dan pengurusan taska.

Job Types: Full-time, Permanent

Pay: RM8.72 - RM1,700.00 per hour

Benefits:

  • Maternity leave
  • Opportunities for promotion

Ability to commute/relocate:

  • Kulim: Reliably commute or planning to relocate before starting work (Preferred)

Experience:

  • assistant supervisor taska: 1 year (Preferred)

License/Certification:

  • PERMATA CERTIFICATE (Preferred)
  • EARLY CHILDHOOD EDUCATION CERTIFICATE (Preferred)

Work Location: In person

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More