jobs in ECW Motorsports

ECW Motorsports Hiring! Full Time PROCUREMENT- PARTS ASSISTANT in Selangor, Earn up to MYR 2,300 - Ricebowl

PROCUREMENT- PARTS ASSISTANT

Share
Save

Working Location

  • Jalan Banting-Semenyih Kajang Selangor Malaysia

Job Description

Responsibilities

Tujuan Jawatan

Admin Parts bertanggungjawab mengurus dan menyelenggara dokumentasi pentadbiran serta rekod transaksi operasi stor alat ganti. Jawatan ini memastikan semua transaksi stok direkodkan dengan tepat dan dikemas kini dalam sistem, melaksanakan semakan serta audit stok secara berkala, dan memastikan dokumentasi disimpan secara sistematik bagi menyokong ketepatan rekod inventori, kawalan stok serta kelancaran operasi Jabatan Parts.

Tanggungjawab Utama:

1. Pengurusan Dokumentasi & Rekod Operasi Stor

  • Mengurus, menyemak dan menyelenggara semua dokumen berkaitan operasi stor termasuk Delivery Order (DO), Sales Order (SO), Purchase Invoice, Stock Transfer dan dokumen pembayaran (Payment Documents).
  • Memastikan setiap dokumen transaksi lengkap, teratur dan mempunyai maklumat yang tepat.
  • Merekod dan mengemaskini semua dokumen serta transaksi operasi stor untuk tujuan rujukan dan pengesanan.
  • Memastikan dokumen berkaitan transaksi stok disimpan dengan sistematik dan mudah diakses apabila diperlukan.

2. Pengemaskinian Data & Sistem Webmax

  • Memastikan semua transaksi dan dokumen berkaitan stok direkodkan serta dimasukkan (key in) ke dalam sistem Webmax dengan tepat dan mengikut tempoh yang ditetapkan.
  • Menyemak ketepatan maklumat yang dimasukkan ke dalam sistem bagi mengelakkan kesilapan rekod dan percanggahan data.
  • Memastikan setiap transaksi seperti penerimaan stok, pengeluaran stok dan pemindahan stok dikemaskini dalam sistem berdasarkan dokumen sokongan.
  • Melaporkan sebarang masalah sistem atau kesilapan rekod yang dikenal pasti kepada pihak atasan untuk tindakan lanjut.

3. Audit & Pemeriksaan Stok

  • Melaksanakan pemeriksaan dan audit stok harian bagi memastikan kuantiti fizikal stok selaras dengan rekod dalam sistem.
  • Membuat semakan fizikal stok (physical stock checking) dan membandingkannya dengan rekod inventori dalam sistem Webmax.
  • Mengenal pasti sebarang perbezaan, kehilangan, lebihan atau kekurangan stok (stock variance).
  • Memastikan hasil pemeriksaan dan audit stok direkodkan dengan tepat untuk tujuan pemantauan dan rujukan.

4. Pelaporan & Kawalan Perbezaan Stok

  • Melaporkan sebarang perbezaan atau percanggahan antara stok fizikal dengan rekod sistem kepada Pengurus Parts atau pihak atasan dengan segera.
  • Menyediakan maklumat dan rekod sokongan berkaitan sebarang ketidakpadanan stok untuk tujuan semakan dan siasatan lanjut.
  • Membantu pihak pengurusan dalam mengenal pasti punca berlakunya perbezaan stok berdasarkan dokumen dan rekod transaksi.
  • Memastikan sebarang pelarasan atau pembetulan rekod stok hanya dilaksanakan berdasarkan arahan dan kelulusan pihak yang diberi kuasa.

5. Pengurusan Fail & Penyimpanan Dokumen

  • Menyusun, mengklasifikasikan dan menyimpan semua dokumen operasi stor secara sistematik mengikut kategori dan tempoh transaksi.
  • Memastikan rekod dan dokumen sentiasa dikemaskini, lengkap serta mudah dirujuk apabila diperlukan.
  • Menyediakan dokumen berkaitan untuk tujuan semakan dalaman, audit atau permintaan pihak pengurusan.
  • Memastikan keselamatan dan kerahsiaan dokumen serta rekod transaksi syarikat sentiasa terpelihara.

6. Tugas Umum & Tambahan

  • Memberikan kerjasama dan sokongan pentadbiran kepada Pengurus Parts serta kakitangan jabatan bagi memastikan kelancaran operasi harian.
  • Memastikan semua tugasan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan dasar syarikat yang ditetapkan.
  • Melaksanakan apa-apa tugas tambahan yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa.
  • Mengamalkan standard 5S bagi memastikan persekitaran kerja dan penyimpanan dokumen sentiasa teratur.

FAEDAH LAIN:

  • Komisen yang menarik
  • Kenaikan gaji tahunan (Berdasarkan prestasi staf dan syarikat)
  • Takaful perubatan, tuntutan perubatan, optik & dental
  • Cuti tahunan berbayar.
  • KWSP & PERKESO
  • Bonus
  • Company Trip

Pay: RM1,700.00 - RM2,300.00 per month

Work Location: In person

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More