jobs in I MEDIKEL PHARMACY SDN BHD

I MEDIKEL PHARMACY SDN BHD Hiring! Full Time ADMIN - PUBLIC RELATION OFFICER (CORPORATE) in Kelantan, Earn up to MYR 2,000 - Ricebowl

ADMIN - PUBLIC RELATION OFFICER (CORPORATE)

Share
Save

Working Location

  • Kota Bharu Kelantan Malaysia

Job Description

Responsibilities

1) Komunikasi Rasmi & Surat-Menyurat

· Menyediakan dan menyemak surat rasmi kepada pihak luar, agensi kerajaan, pelanggan, dan pembekal.

· Menyusun dan mengedarkan memo dalaman, notis, dan pekeliling syarikat.

· Menjawab e-mel rasmi mewakili pihak pengurusan syarikat.

2) Pengurusan Mesyuarat & Penjadualan

· Menyusun mesyuarat rasmi seperti Mesyuarat Lembaga Pengarah, Mesyuarat Pengurusan, dan Mesyuarat Khas.

· Menyediakan minit mesyuarat dan memastikan agihan kepada semua ahli berkaitan.

· Memastikan keperluan logistik mesyuarat tersedia dengan baik.

3) Dokumentasi & Pemfailan Rasmi

· Menyimpan dan mengurus semua dokumen rasmi termasuk fail sulit syarikat.

· Menyusun arkib surat menyurat dan fail mesyuarat secara sistematik.

· Memastikan dokumentasi dikemaskini dan boleh diakses dengan mudah bila diperlukan.

4) Pengurusan Aduan & Maklum Balas

· Menerima dan menyalurkan aduan rasmi atau maklum balas dari pelanggan/agensi kepada jabatan berkaitan.

· Menyediakan laporan berkala tentang aduan dan status tindakan.

5) Sokongan Pentadbiran & Laporan

· Menyediakan laporan sokongan kepada pengurusan dan lembaga pengarah.

· Membantu dalam pembentangan, ringkasan laporan dan susun atur dokumen rasmi.

· Bertindak sebagai PA kepada Pengurusan Tertinggi untuk urusan rasmi dan penjadualan tugasan.

6) Pengurusan Fail Rahsia & Sulit

· Menyimpan fail berkaitan mesyuarat Lembaga, pengurusan syarikat dan kontrak sulit.

· Mengurus dan mengawal akses kepada dokumen sensitif mengikut klasifikasi keselamatan maklumat.

7) Protokol & Etiket Korporat

· Merancang dan menyelaras acara rasmi, penyambutan tetamu, penyampaian sijil/pengiktirafan.

· Menyediakan teks ucapan, susun atur aturcara dan pengurusan susun tempat duduk VIP.

8) Penyelarasan Antara Syarikat Kumpulan

· Menjadi penghubung antara IMPHB dan anak-anak syarikat dalam komunikasi rasmi.

· Menyediakan ringkasan komunikasi dan laporan pentadbiran untuk mesyuarat berkaitan kumpulan syarikat.

9) Penyediaan Laporan dan Dokumentasi:

· Menyediakan laporan catatan harian berkala secara mingguan yang berkaitan dengan aktiviti operasi.

· Menyusun dan mengemaskini dokumentasi serta fail berkaitan.

10) Lain-Lain Tugasan:

· Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan organisasi dan keadaan semasa.

KELAYAKAN :

· Ijazah dalam Perundangan, Pengurusan Perniagaan, atau bidang yang berkaitan.

. Graduan lepasan universiti sangat di alu-alukan.

· Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam industri perundangan. dengan sekurang-kurangnya 3 tahun dalam peranan pengurusan korporat. (*Satu kelebihan)

· Pengalaman dalam mengurus tender.

· Kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang cemerlang.

· Keupayaan untuk bekerja di bawah tekanan dan membuat keputusan yang cepat dan tepat.

· Pengetahuan mendalam tentang peraturan.

Job Type: Full-time

Pay: From RM2,000.00 per month

Benefits:

  • Free parking
  • Maternity leave
  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Ability to commute/relocate:

  • Kota Bharu: Reliably commute or planning to relocate before starting work (Preferred)

Education:

  • Bachelor's (Preferred)

Experience:

  • Business development: 3 years (Preferred)

Work Location: In person

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More