Tujuan Jawatan
Bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan, pemeriksaan, pembaikan dan tindakan breakdown kenderaan syarikat bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat, baik dan sesuai untuk operasi. Mekanik juga bertanggungjawab membimbing Pembantu Mekanik melalui Buddy Team System serta memastikan kerjakerja teknikal dilaksanakan mengikut prosedur, standard keselamatan dan keperluan operasi syarikat.
TANGGUNGJAWAB UTAMA
- Menjalankan kerja Preventive Maintenance, termasuk servis berkala, pertukaran minyak, pemeriksaan kenderaan, pemeriksaan tayar, sistem brek, sistem elektrik serta komponen-komponen berkaitan.
- Menjalankan kerja Repair & Breakdown, termasuk membuat pemeriksaan dan diagnosis kerosakan, mengenal pasti punca masalah serta menjalankan kerja pembaikan berkaitan enjin, gearbox, sistem elektrik dan komponen kenderaan.
- Menjalankan dan menyelia kerja Heavy Repair, termasuk pembaikan major, overhaul, penggantian komponen utama serta kerja-kerja pembaikan yang memerlukan kemahiran teknikal khusus.
- Menjalankan pemeriksaan dan diagnosis terhadap kenderaan yang mengalami kerosakan serta menentukan tindakan pembaikan yang bersesuaian berdasarkan tahap kerosakan dan keperluan operasi.
- Memastikan semua kerja pembaikan dan penyelenggaraan dilaksanakan dengan betul serta menjalankan pemeriksaan akhir sebelum kenderaan diserahkan untuk digunakan.
- Menyediakan, mengurus dan memastikan tools, equipment dan spare parts yang digunakan sentiasa mencukupi, teratur, selamat dan dalam keadaan baik.
- Mengurus urusan external workshop, termasuk membuat pemeriksaan awal, menyediakan maklumat kerosakan, menghantar dan menerima kenderaan serta memantau status dan perkembangan kerja pembaikan.
- Menjalankan pemeriksaan dan pengesahan terhadap kerja yang dilakukan oleh external workshop serta memaklumkan sebarang isu atau kerja tambahan yang diperlukan kepada pihak pengurusan.
- Memastikan rekod kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan, penggunaan alat ganti, breakdown dan status kenderaan direkodkan dengan tepat dan dikemas kini.
- Mengenal pasti sebarang kerosakan, keabnormalan atau isu keselamatan kenderaan dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan kerosakan berulang atau risiko keselamatan.
- Membimbing, memantau dan memberi tunjuk ajar kepada Pembantu Mekanik dalam menjalankan tugasan teknikal mengikut tahap kemahiran dan kompetensi.
- Memastikan semua kerja dilaksanakan mengikut prosedur kerja, arahan penyelia, aspek keselamatan, penggunaan PPE serta standard kerja yang ditetapkan oleh syarikat.
- Bertanggungjawab membimbing dan melatih Pembantu Mekanik melalui pelaksanaan Buddy Team System bagi memastikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman teknikal dapat dipindahkan secara sistematik dan berperingkat melalui:
- Team A – Preventive Maintenance – penyelenggaraan berkala, servis, pemeriksaan, tayar dan komponen asas.
- Team B – Repair & Breakdown – diagnosis kerosakan, pembaikan enjin, gearbox, sistem elektrik serta tindakan breakdown.
- Team C – Heavy Repair & External Coordination – pembaikan major, overhaul serta koordinasi dengan bengkel luar.
- Memberi maklum balas kepada pihak pengurusan berkaitan keadaan kenderaan, keperluan pembaikan, alat ganti, breakdown berulang serta perkara-perkara yang boleh menjejaskan operasi.
- Bersedia menjalankan tugasan breakdown, kecemasan atau tugasan teknikal lain mengikut keperluan operasi syarikat.
Kriteria Calon
- Mempunyai sijil/kelayakan teknikal dalam bidang automotif, mekanikal atau penyelenggaraan kenderaan adalah satu kelebihan.
- Mempunyai pengalaman kerja sebagai Mekanik, khususnya dalam penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan berat, adalah satu kelebihan.
- Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam Preventive Maintenance, Repair & Breakdown serta Heavy Repair.
- Mempunyai kemahiran dalam mengenal pasti punca kerosakan dan menjalankan diagnosis kenderaan.
- Mampu menggunakan tools, equipment dan diagnostic equipment yang berkaitan dengan kerja mekanikal.
- Mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah serta mampu membuat keputusan teknikal berdasarkan keadaan kenderaan.
- Mampu membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada Pembantu Mekanik.
- Mempunyai disiplin, sikap bertanggungjawab, ketelitian dan kesedaran keselamatan yang tinggi.
- Mampu bekerja secara individu dan dalam pasukan serta bersedia bekerja mengikut keperluan operasi termasuk tugasan breakdown.
Pay: RM3,500.00 - RM4,500.00 per month
Benefits:
- Health insurance
- Maternity leave
- Parental leave
Work Location: On the road