

Universiti Islam Selangor (UIS)
101-500 Employees · Government / Defence
About Universiti Islam Selangor (UIS)
Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sebagai sebuah legasi pendidikan DYMM Sultan Selangor yang sentiasa dipelihara dan disantuni menjadi pemangkin tradisi ilmu dan penyatuan umat Islam di negeri Selangor, UIS berusaha melahirkan Dai, Ulama dan Umarak.
Berpaksikan moto “Peneraju Tradisi Ilmu”, serta keindahan kampus yang bercirikan senibina sejarah kegemilangan Islam Andalusia, UIS telah bergerak bersandarkan visi dan misi mendepani segala cabaran serta perubahan secara agresif dan proaktif bagi mencapai sebuah institusi pendidikan yang menyediakan program pengajian akademik yang berteraskan tauhid dan sesuai dengan keperluan zaman kini serta keperluan fizikal yang seiring dengan “niche” Islam yang menepati halatuju pendidikan Islam dan Dasar Pendidikan Negara yang berkualiti sebagai sebuah Universiti Islam yang unggul. Usaha ini didokong oleh saf para pensyarah serta warga kerja yang memiliki sifat mudarris, mu`allim, muaddib, murabbi, dan mursyid.
UIS menawarkan program pengajian di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah yang telah memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) merentasi pelbagai disiplin ilmu termasuk pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, pendidikan, komunikasi, dan teknologi maklumat yang berdaya saing dan kompetitif.
Universiti Islam Selangor (UIS) Business Information
Company Name
Universiti Islam Selangor (UIS)
Company Type
Government
Company Size
101-500
Industry
Government / Defence
Company SSM No
-
Job Vacancies
0