Universiti Islam Selangor (UIS) banner company
jobs in Universiti Islam Selangor (UIS)

Universiti Islam Selangor (UIS)

101-500 Employees · Government / Defence

<10 Followers

Universiti Islam Selangor (UIS) 简介

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sebagai sebuah legasi pendidikan DYMM Sultan Selangor yang sentiasa dipelihara dan disantuni menjadi pemangkin tradisi ilmu dan penyatuan umat Islam di negeri Selangor, UIS  berusaha melahirkan Dai, Ulama dan Umarak.

Berpaksikan moto  “Peneraju Tradisi  Ilmu”, serta keindahan kampus yang bercirikan senibina sejarah kegemilangan  Islam Andalusia, UIS  telah  bergerak bersandarkan visi dan misi mendepani segala cabaran serta perubahan secara agresif dan proaktif bagi mencapai sebuah institusi pendidikan yang menyediakan program pengajian akademik yang berteraskan tauhid dan  sesuai dengan keperluan zaman kini serta keperluan fizikal yang seiring dengan “niche” Islam yang menepati halatuju pendidikan Islam dan Dasar Pendidikan Negara yang berkualiti sebagai sebuah Universiti Islam yang unggul. Usaha ini didokong oleh saf para pensyarah serta warga kerja yang memiliki sifat mudarris, mu`allim, muaddib, murabbi, dan mursyid.

UIS menawarkan program pengajian di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah yang telah memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) merentasi pelbagai disiplin ilmu termasuk pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, pendidikan, komunikasi, dan teknologi maklumat yang berdaya saing dan kompetitif.

Universiti Islam Selangor (UIS) 公司信息

公司名称

Universiti Islam Selangor (UIS)

公司类型

Government

公司规模

101-500

领域

Government / Defence

公司SSM号码

-

就业机会

0

有问题想问这家公司?让雇主来回答吧!