Back
Unisza Holdings Sdn Bhd banner company

Unisza Holdings Sdn Bhd

Company SSM No 1016800-W · 1-50 Employees · Property / Real Estate

About Unisza Holdings Sdn Bhd

UniSZA Holdings Sdn Bhd (UHSB) diperbadankan pada 12 September 2012 di Kuala Terengganu. Penubuhan UHSB adalah selaras dengan kehendak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai penggerak kepada 5 buah anak syarikat yang menjalankan urusan perniagaan. Antara skop kerjanya ialah merancang atau menghasilkan plan strategik untuk pelaksaaan projek. Seterusnya UHSB bertanggungjawab untuk merangka dan menyusun strategi mengikut jangka masa yang ditetapkan. Dalam masa yang sama UHSB juga memainkan peranan sebagai pemantau segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh anak syarikatnya. Ianya juga membuat pelaburan kepada kelima-lima anak syarikat untuk pelaksanaan projek dan mengawal aliran kewangan kepada projek-projek yang dijalankan oleh anak-anak syarikatnya.

UHSB mempunyai lima buah anak syarikat antaranya :

UniSZA Consultancy Sdn Bhd (UCSB)

UniSZA Properties Sdn Bhd (UPSB)

UniSZA Trading & Supplies Sdn Bhd ( UTSSB)

UniSZA Tourism Sdn Bhd (UTSB)

UniSZA Agro-Biotech Sdn Bhd (UABSB)

 

Misi

“Mengembangkan usaha perniagaan melalui anak-anak syarikat untuk menjana pendapatan kepada Universiti serta menyediakan platform latihan kepada warga UniSZA.”

 

Visi

"Menjadi entiti yang mendokong kelestarian sumber kepada Universiti.”

 

Unisza Holdings Sdn Bhd Business Information

Company Name

Unisza Holdings Sdn Bhd

Company Type

-

Company Size

1-50

Industry

Property / Real Estate

Company SSM No

1016800-W

Job Vacancies

0

Unisza Holdings Sdn Bhd Company Address

Universiti Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu Terengganu Malaysia, Malaysia