JOB DESCRIPTION – PEKERJA AM CUM DRIVER
Jawatan: Pekerja Am cum Driver
Jabatan: Operasi / Pentadbiran
Melapor kepada: Management
Tanggungjawab Utama:
- Menjalankan tugas pemanduan untuk urusan syarikat, termasuk menghantar dan mengambil dokumen, barangan, peralatan serta kakitangan apabila diperlukan.
- Memastikan kenderaan syarikat sentiasa dalam keadaan bersih, selamat dan baik.
- Menjalankan pemeriksaan asas kenderaan seperti minyak enjin, tayar, bateri dan keadaan keselamatan.
- Menghantar dan mengambil stok, bekalan klinik, dokumen dan barangan antara HQ, klinik dan lokasi lain.
- Membantu kerja-kerja am seperti mengangkat, memindahkan dan menyusun barang/peralatan.
- Membantu persediaan dan pengurusan aktiviti syarikat, program klinik atau event apabila diperlukan.
- Membantu kerja-kerja penyelenggaraan ringan di klinik cawangan dan memastikan kawasan kerja sentiasa kemas.
- Menjalankan tugasan ad-hoc yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
- Mematuhi semua peraturan keselamatan jalan raya dan polisi syarikat.
- Memastikan semua tugasan diselesaikan dengan tepat pada masa dan bertanggungjawab.
Kelayakan:
- Minimum SPM atau kelayakan setaraf.
- Mempunyai lesen memandu yang sah (D).
- Mempunyai pengalaman sebagai driver / pekerja am adalah satu kelebihan.
- Sihat tubuh badan dan mampu melakukan kerja fizikal.
- Menepati masa, bertanggungjawab dan mempunyai sikap kerja yang baik.
- Boleh bekerja lebih masa atau pada hujung minggu apabila diperlukan.
- Mempunyai pengetahuan asas mengenai penyelenggaraan kenderaan adalah satu kelebihan.
Pay: RM2,500.00 - RM3,000.00 per month
Benefits:
- Additional leave
- Cell phone reimbursement
- Company car
- Flexible schedule
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: Hybrid remote in Sungai Buloh (47000)