HIRING: LIVE HOST
Hi semua! Kami tengah cari 1 orang Live Host untuk produk cat litter, dengan kontrak bulanan dan peluang kerjasama jangka panjang.
Lokasi: Kajang, 5 minit berjalan kaki dari stesen MRT.
WFO diutamakan. WFH boleh dibincangkan.
Waktu kerja: 8 jam sehari, mengikut shift
- AM: 8 pagi – 4 petang
- PM: 5 petang – 1 pagi
Tugas utama:
- Mengendalikan sesi live untuk memperkenalkan dan menjual cat litter.
- Aktif bersembang, jawab soalan dan berinteraksi dengan penonton.
- Buat demo produk dan galakkan penonton membuat pembelian.
Kami mencari calon yang:
- Mesti bela kucing sendiri dan biasa dengan produk kucing.
- Petah bercakap dan selesa depan kamera.
- Aktif sepanjang live, bukan tunggu orang tanya baru bercakap.
- Tak mudah putus asa walaupun penonton masih sedikit.
- Tepati masa dan ikut jadual live yang ditetapkan.
- Serius, komited dan boleh bekerjasama untuk jangka panjang.
- Boleh menjaga kehadiran dengan konsisten serta maklumkan awal jika ada halangan atau perlu bercuti.
- Untuk WFH: ada setup live sendiri dengan lighting yang baik, audio jelas dan internet stabil.
Berminat? WhatsApp ke *************
Sila sertakan rakaman/replay live & portfolio
Pay: From RM2,500.00 per month
Work Location: Hybrid remote in Kajang (43000)