全职 KERANI BAYARAN DAN DOKUMENTASI 工作, 薪水 up to MYR 1,900, Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) Selangor 公司招聘中 - Ricebowl
KERANI BAYARAN DAN DOKUMENTASI
Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA)
Menyediakan dokumentasi dan memorandum bayaran kepada pihak berkaitan seperti pembekal barangan, Experian, LHDN, Bursa dan pihak berkaitan yang lain
Melaksanakan proses Tawarruq bagi tujuan pengkreditan pembiayaan mengikut prosedur serta keperluan Syariah yang telah ditetapkan
Membuat susulan terhadap invois, Delivery Order (DO) serta dokumen berkaitan daripada pihak pembekal bagi memastikan dokumen lengkap dan teratur
Menyelia pengurusan tunai petty cash Gajet KOPUTRA termasuk memastikan baki dana sentiasa mencukupi serta menyediakan memorandum penambahan dana apabila diperlukan
Melaksanakan proses penyeteman dokumen pembiayaan serta memastikan Surat Tawaran Pembiayaan dan dokumen berkaitan dikemas kini dalam sistem
Memastikan semua dokumen bayaran difailkan dan disimpan dengan teratur dalam sistem sebagai salinan digital serta menyediakan dan mengurus penyimpanan salinan fizikal
Menyelia e-mel Unit Pembiayaan termasuk memberikan maklum balas terhadap pertanyaan anggota serta menyalurkan perkara berkaitan kepada unit atau pegawai yang bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya
Mengurus dan mengambil tindakan terhadap aduan, pertanyaan serta isu berkaitan pembiayaan secara profesional, cekap dan berkesan
Tanggungjawab Am:
Melaksanakan tugas rasmi serta tanggungjawab lain yang diarahkan oleh ALK, CEO atau Ketua Jabatan/Unit dari semasa ke semasa
Memberikan sokongan kepada jabatan/unit serta menjalankan fungsi dan tanggungjawab berkaitan apabila diperlukan
Memastikan semua tugasan dilaksanakan mengikut prosedur, garis panduan dan arahan yang ditetapkan oleh KOPUTRA