jobs in Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA)

全职 EKSEKUTIF PEMBANGUNAN HARTANAH 工作, 薪水 up to MYR 2,800, Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) Selangor 公司招聘中 - Ricebowl

EKSEKUTIF PEMBANGUNAN HARTANAH

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA)

分享
保存

工作地点

  • Seri Kembangan Selangor Malaysia

职位描述

岗位职责

KOPUTRA sedang mencari calon yang berpengalaman dan berminat dalam bidang pengurusan hartanah, pembangunan hartanah serta pengurusan aset tak alih untuk menyertai pasukan kami.

SKOP TUGAS

Pemilikan Baharu Harta Tak Alih

  • Menjalankan kajian, penilaian dan menyediakan kertas kerja bagi cadangan pembelian hartanah dan aset tak alih
  • Membuat semakan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan status hartanah termasuk pemilikan, sekatan, zoning dan perkara berkaitan
  • Menguruskan keperluan pembelian seperti pelantikan jurunilai, khidmat guaman dan pihak berkaitan tertakluk kepada kelulusan ALK
  • Menyediakan dokumen dan permohonan Garis Panduan (GP) kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi pemilikan hartanah dan aset tak alih
  • Menjalankan kajian berkaitan kaedah pembelian dengan mengambil kira aspek pembiayaan, ROI, pulangan pelaburan dan faktor berkaitan

Pengurusan Harta Tak Alih Sedia Ada

  • Membantu menguruskan penyewaan bangunan milik KOPUTRA dan unit kedai R&R Beranang (Utara & Selatan)
  • Mengemaskini rekod bangunan dan aset tak alih milik KOPUTRA
  • Memantau kutipan hasil sewaan bulanan daripada penyewa
  • Memantau keadaan dan penyelenggaraan bangunan sewaan
  • Memastikan bayaran cukai pintu, cukai tanah dan kos berkaitan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan
  • Membantu menguruskan proses pelupusan atau penjualan harta tak alih termasuk urusan ejen hartanah, guaman dan pihak berkaitan tertakluk kepada kelulusan ALK
  • Menyediakan dan menguruskan penghantaran GP kepada SKM bagi tujuan pelupusan harta tak alih

Pembangunan Hartanah

  • Membantu mengkaji dan melaksanakan cadangan projek pembangunan hartanah yang telah diluluskan
  • Memantau pelaksanaan projek dan pencapaian sasaran jualan
  • Menyediakan dokumen dan permohonan GP kepada SKM berkaitan pembangunan hartanah

Pentadbiran

  • Mengurus, memantau dan menyelenggara rekod serta fail berkaitan pembangunan hartanah
  • Memastikan dokumen dan rekod hartanah disimpan dengan teratur, lengkap dan selamat
  • Memastikan pematuhan kepada pelaksanaan sistem 5S

TUGAS LAIN

  • Melaksanakan tugasan rasmi KOPUTRA yang diarahkan oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan Ketua Pegawai Operasi Perniagaan dari semasa ke semasa

KEPERLUAN CALON

  • Diploma / Ijazah dalam bidang Hartanah, Pengurusan Hartanah, Pengurusan Perniagaan, Perniagaan, atau bidang berkaitan
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan hartanah, pembangunan hartanah, pengurusan aset atau bidang berkaitan
  • Mempunyai pengetahuan berkaitan urusan PBT, cukai tanah, cukai pintu, penyewaan dan dokumentasi hartanah adalah satu kelebihan
  • Mempunyai kemahiran dalam penyediaan kertas kerja, laporan dan dokumentasi
  • Mempunyai kemahiran komunikasi, rundingan dan pengurusan pihak berkepentingan yang baik
  • Mampu bekerja secara berdikari serta dalam pasukan
  • Mempunyai kemahiran Microsoft Office

Pay: RM2,000.00 - RM2,800.00 per month

Benefits:

  • Dental insurance
  • Health insurance
  • Maternity leave
  • Opportunities for promotion
  • Parental leave
  • Professional development

Work Location: In person

重要安全守则

申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。

了解更多