Kami sedang mencari individu yang berpengalaman dalam industri hotel, resort atau hospitality untuk menyertai pasukan kami sebagai Sales & Marketing Executive. Peranan ini bertanggungjawab meningkatkan jualan, tempahan bilik, pakej korporat, acara dan aktiviti resort melalui strategi pemasaran dan pembangunan pelanggan. Tugas utama termasuk mencari peluang perniagaan baharu, membina hubungan dengan pelanggan korporat, menyediakan proposal, menjalankan promosi serta membantu meningkatkan kadar tempahan dan hasil resort.