Smartlink Engineering Sdn Bhd ialah sebuah syarikat kejuruteraan dan pembuatan Malaysia yang mengkhusus dalam reka bentuk, fabrikasi, pemasangan dan integrasi peralatan automasi industri, mesin berketepatan tinggi, box-build assembly, panel kawalan serta penyelesaian kejuruteraan tersuai.
Kami komited terhadap kualiti, inovasi dan penambahbaikan berterusan serta menyediakan persekitaran kerja yang menyokong perkembangan kemahiran teknikal dan kerjaya pekerja.
Kami sedang mencari Juruteknik (Assembly Technician) yang berdedikasi dan berminat untuk menyertai pasukan kami.
Lokasi Sekarang: Seksyen 32 Shah Alam.
Setelah fasiliti pembuatan baharu siap, calon yang berjaya dikehendaki bekerja di fasiliti baharu kami di Sijangkang, Selangor.
Tanggungjawab Utama :
- Menjalankan kerja pemasangan komponen mekanikal, bahagian mesin, sub-assembly dan mesin lengkap berdasarkan lukisan kejuruteraan, arahan pemasangan dan spesifikasi.
- Melaksanakan kerja mechanical fitting, pemasangan mesin, penjajaran (alignment), pelarasan dan pemasangan komponen mekanikal.
- Membaca dan memahami lukisan teknikal, lukisan pemasangan, Bill of Materials (BOM) dan arahan kerja.
- Menggunakan hand tools, power tools, alat pengukuran dan peralatan bengkel dengan selamat dan betul.
- Menjalankan kerja seperti drilling, tapping, cutting, fastening dan kerja-kerja fabrikasi atau fitting berkaitan pemasangan mesin.
- Menjalankan machine setup, pelarasan mekanikal, pengujian dan basic troubleshooting bagi memastikan mesin berfungsi dengan baik.
- Memeriksa komponen dan mesin yang telah dipasang bagi memastikan ketepatan dimensi, kualiti kerja dan pematuhan kepada standard yang ditetapkan.
- Mengenal pasti dan melaporkan komponen rosak, masalah pemasangan atau ketidakselarasan dengan spesifikasi kepada Ketua Pasukan atau Pengurus Pengeluaran.
- Memastikan komponen mesin, alat dan peralatan dikendalikan dengan baik bagi mengelakkan kerosakan.
- Memastikan tugasan disiapkan mengikut jadual pengeluaran dengan mengekalkan standard kualiti kerja yang tinggi.
- Menyediakan rekod pengeluaran dan melaporkan perkembangan kerja apabila diperlukan.
- Mematuhi semua prosedur Quality Management System (QMS), Environmental, Health & Safety (EHS) dan prosedur operasi syarikat.
- Menjaga kebersihan dan kekemasan kawasan kerja mengikut amalan 5S.
- Memberi sokongan dalam kerja pemasangan mesin, commissioning, penyelenggaraan, servis atau aktiviti di tapak pelanggan apabila diperlukan.
- Menyertai aktiviti Kaizen dan penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan produktiviti, kualiti dan kecekapan operasi.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pasukan, Pengurus Pengeluaran atau pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Kelayakan & Keperluan :
- Minimum SPM, SKM, Sijil, Diploma atau kelayakan setaraf dalam Kejuruteraan Mekanikal, Mekatronik, Penyelenggaraan Industri, Teknologi Pembuatan atau bidang berkaitan.
- Minimum 2 tahun pengalaman dalam pemasangan mesin, pembuatan peralatan, automasi, kejuruteraan berketepatan tinggi atau persekitaran pembuatan yang berkaitan adalah digalakkan.
- Calon lepasan graduan baharu dengan latihan atau kelayakan teknikal yang berkaitan juga digalakkan memohon.
- Mempunyai kebolehan membaca dan memahami lukisan kejuruteraan, lukisan pemasangan, BOM dan arahan kerja.
- Mempunyai kemahiran asas mekanikal, troubleshooting dan perhatian yang baik terhadap perincian.
- Boleh bekerja secara sendiri serta bekerjasama dalam pasukan.
- Bersedia bekerja lebih masa (OT) dan pada hujung minggu apabila diperlukan.
- Sihat tubuh badan dan mampu mengendalikan komponen mesin serta bekerja dalam persekitaran pembuatan.
Pay: RM2,200.00 - RM3,000.00 per month
Benefits:
- Additional leave
- Free parking
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: In person