Kami sedang mencari Internal Control & Inspection Officer untuk membangunkan dan mengendalikan department baru dalam syarikat.
Pada peringkat awal, calon akan bekerja secara independent dan bertanggungjawab membina SOP, checklist dan sistem pemeriksaan department.
Skop Kerja
- Menjalankan pemeriksaan terhadap proses kerja dan transaksitapi department berkaitan.
- Menyemak dokumen, rekod sistem, payment dan physical records.
- Membuat semakan transaksi jualan iPhone second-hand secara ansuran.
- Memastikan iPhone yang dilepaskan kepada customer sepadan dengan rekod, termasuk IMEI, model, serial number dan stock movement.
- Mengesan kesilapan, discrepancy, missing records atau proses yang tidak mengikut SOP.
- Trace sesuatu isu sehingga mengenal pasti punca sebenar.
- Menyediakan laporan pemeriksaan dan cadangan penambahbaikan kepada Management.
- Membina dan mengemaskini SOP, checklist serta sistem kawalan dalaman.
- Mengurus jadual pemeriksaan dan tugasan secara independent.
- Apabila department berkembang, akan membantu mengurus Internal Control & Inspection Assistant.
Requirement
- Diploma/Degree dalam Accounting, Finance, Business, Management atau bidang berkaitan.
- Pengalaman dalam Internal Audit, Compliance, QA/QC, Credit, Financing, Collection atau Operations adalah satu kelebihan.
- Teliti, analytical dan mempunyai strong attention to detail.
- Pandai membaca dokumen dan mengesan discrepancy.
- Mampu membuat checking dan trace sesuatu isu sehingga ke root cause.
- Boleh bekerja secara independent dan mengurus masa sendiri.
- Mahir menggunakan Excel / Google Sheets.
- Mempunyai integriti dan boleh menjaga kerahsiaan maklumat.
- Professional, tegas dan yakin dalam menjalankan tugas.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan berani mendapatkan penjelasan daripada department berkaitan apabila terdapat discrepancy atau ketidakpatuhan.
- Mampu bertegas dalam memastikan SOP dan prosedur syarikat dipatuhi.
- Mampu mengekalkan sikap neutral, professional dan objective semasa menjalankan pemeriksaan.
- Tidak mudah terpengaruh atau berkompromi apabila melibatkan kesalahan prosedur atau ketidakpatuhan.
- Mampu berurusan dengan pelbagai peringkat staff dengan cara yang professional.
Apa Yang Kami Cari?
Kami mencari individu yang bukan sekadar mencari kesalahan, tetapi mampu mengenal pasti punca masalah, kelemahan proses dan cara untuk mengelakkan masalah yang sama berulang.
Job Type: Full-time
Location: Alor Setar (Mungkin akan pergi ke Pendang (HQ) untuk checking)
Salary: RM 2,500.00 ke atas (ikut pengalaman anda, gaji boleh dirunding)
Jika anda seorang yang teliti, suka membuat semakan dan mempunyai kemahiran analytical & problem-solving, kami mengalu-alukan permohonan anda.
Pay: From RM2,500.00 per month
Benefits:
- Free parking
- Maternity leave
Work Location: In person