jobs in Andalusia Food Industries Sdn. Bhd.

Andalusia Food Industries Sdn. Bhd. Hiring! Full Time E-commerce Manager in Federal Territory, Earn up to MYR 3,500 - Ricebowl

MYR3,500 - MYR3,500 Per Month

KL City, Federal Territory

Share
Save

Working Location

  • Kuala Lumpur Federal Territory Malaysia

Job Description

Responsibilities

1. PENGURUSAN PROGRAM AFFILIATE & COACHING (SETIAP HARI)

Merancang, mengurus dan membangunkan program Affiliate bagi meningkatkan jualan dan kesedaran jenama syarikat.

Merekrut, membimbing (coaching) dan memberi latihan kepada Affiliate Baharu berkaitan produk, teknik pemasaran serta strategi penjualan yang berkesan.

Memantau prestasi Affiliate melalui analisis jualan, kadar penukaran (Conversion Rate) dan pencapaian sasaran.

Menjalinkan hubungan yang baik dengan Affiliate, memberi sokongan serta menyelesaikan sebarang isu atau pertanyaan yang berkaitan.

Merancang dan melaksanakan sesi coaching, webinar atau latihan secara berkala bagi meningkatkan kemahiran dan prestasi Affiliate.

Menyediakan laporan prestasi program Affiliate serta mencadangkan strategi penambahbaikan untuk meningkatkan hasil jualan dan keberkesanan program.

2. PENGURUSAN PENGIKLANAN DIGITAL (SETIAP HARI)

Merancang, mengurus dan mengoptimumkan kempen pengiklanan di TikTok Ads, Shopee Ads, Facebook Ads dan platform berkaitan.

Memantau ROAS (Return on Ad Spend), CTR (Click-Through Rate), CPC (Cost Per Click) dan Conversion Rate bagi memastikan keberkesanan kempen.

3. ANALISIS DATA & PELAPORAN (SETIAP HARI)

Menyediakan laporan jualan, prestasi iklan, inventori dan marketplace secara berkala.

Menganalisis data bagi mengenal pasti peluang pertumbuhan dan penambahbaikan.

Membentangkan laporan serta cadangan kepada pihak pengurusan.

4. PENGURUSAN MARKETPLACE & WEBSITE (SETIAP HARI)

Mengurus operasi harian TikTok Shop, Shopee, Facebook Shop dan Website syarikat.

Memastikan maklumat produk, harga, promosi dan inventori sentiasa dikemas kini.

Mengoptimumkan pengalaman pengguna (UX) dan prestasi platform e-dagang.

5. PENGURUSAN INVENTORI & STOK

Memantau tahap inventori dan memastikan stok mencukupi untuk jualan harian dan kempen.

Menganalisis produk Fast Moving dan Slow Moving bagi tujuan perancangan stok.

Bekerjasama dengan pasukan Production untuk mengelakkan isu kehabisan stok

6. PEMANTAUAN CUSTOMER SERVICE

Memastikan pertanyaan dan aduan pelanggan dijawab dengan cepat dan

profesional.

Memantau prestasi pasukan Customer Service dan tahap kepuasan pelanggan.

Menyelesaikan isu pelanggan yang kritikal dan memastikan pengalaman

pelanggan sentiasa positif.

7. PENGURUSAN REPUTASI JENAMA

Memantau rating, review dan maklum balas pelanggan di semua platform.

Mengenal pasti isu yang berulang dan mencadangkan tindakan penambahbaikan.

Memastikan imej dan reputasi jenama sentiasa berada pada tahap terbaik.

8. PERANCANGAN KEMPEN JUALAN

Merancang dan melaksanakan kempen jualan seperti Payday Sale, Flash Sale, Year End Sales dan Double Date Campaign (11.11 , 12.12) serta kempen bermusim.

Menyelaras promosi, voucher, bundle dan aktiviti pemasaran bagi meningkatkan jualan.

9. STRATEGI E-DAGANG & PERTUMBUHAN JUALAN

Membangunkan dan melaksanakan strategi e-dagang yang selaras dengan objektif syarikat.

Mengenal pasti peluang pertumbuhan jualan melalui analisis pasaran dan trend pengguna.

Menyediakan pelan tindakan bagi meningkatkan trafik, kadar penukaran (conversion rate) dan hasil jualan.

10. KAJIAN PASARAN & ANALISIS PESAING

Memantau trend pasaran, permintaan pelanggan dan aktiviti pesaing.

Menjalankan analisis harga, promosi dan strategi pemasaran pesaing.

Memberikan cadangan strategi bagi meningkatkan daya saing syarikat.

11. TUGAS-TUGAS TAMBAHAN

Melaksanakan tugasan tambahan, projek khas dan tanggungjawab lain yang berkaitan dengan operasi e-dagang, pemasaran digital dan pertumbuhan perniagaan sebagaimana yang diarahkan oleh pihak Pengurusan dari semasa ke semasa.

Pay: RM3,500.00 per month

Benefits:

  • Additional leave
  • Health insurance
  • Opportunities for promotion

Education:

  • Bachelor's (Preferred)

Experience:

  • E-commerce: 3 years (Preferred)

Location:

  • Kuala Lumpur (Preferred)

Work Location: In person

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More