Tujuan Jawatan
Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pembaikan, pengubahsuaian dan penyelenggaraan barang kemas pelanggan serta memastikan hasil kerja berkualiti tinggi, tepat dan disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Tanggungjawab Utama
- Membaiki barang kemas seperti rantai putus, cincin rosak, gelang dan aksesori lain.
- Melakukan kerja mengubah saiz cincin, gelang atau barang kemas mengikut permintaan pelanggan.
- Menggilap, mencuci dan membuat kemasan akhir bagi memastikan barang kemas berada dalam keadaan terbaik.
- Memeriksa keadaan barang kemas sebelum dan selepas pembaikan.
- Memastikan penggunaan emas dan bahan lain dibuat dengan cermat serta mengikut prosedur syarikat.
- Menjaga alatan dan peralatan pertukangan supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
- Melengkapkan rekod kerja pembaikan dan memaklumkan status kepada pihak yang berkaitan.
- Memastikan setiap barang kemas pelanggan dikendalikan dengan teliti, selamat dan berintegriti.
- Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Kelayakan
- Pengalaman sebagai Tukang Emas adalah satu kelebihan.
- Calon yang mempunyai kemahiran asas dalam pembaikan barang kemas atau berminat mempelajari bidang ini juga digalakkan memohon.
- Teliti, jujur, amanah dan mempunyai kemahiran kerja tangan yang baik.
- Mampu bekerja secara berdikari dan dalam satu pasukan.
- Mahir dalam kerja-kerja Jewellery Engraving (ukiran nama, tarikh, logo atau reka bentuk pada barang kemas) adalah bonus.
- Mahir melakukan Ring Resizing (membesarkan dan mengecilkan saiz cincin) adalah bonus.
- Berkemahiran dalam Jewellery Repair & Restoration, termasuk kerja memateri (soldering), penyambungan dan pembaikan barang kemas adalah bonus.
Pay: RM2,500.00 - RM3,500.00 per month
Work Location: In person