Deskripsi Kerja
Arhayu Engineering Sdn Bhd sedang mencari calon yang rajin, bertanggungjawab dan boleh bekerja dalam pasukan untuk menyertai pasukan kami sebagai Helper. Calon akan membantu pekerja elektrik dan pasukan projek dalam menjalankan kerja-kerja di tapak serta memastikan kerja berjalan dengan lancar.
Tanggungjawab:
- Membantu Wireman, Chargeman dan pekerja teknikal dalam kerja-kerja elektrik di tapak.
- Membantu kerja pemasangan kabel, lampu, paip/conduit dan peralatan elektrik.
- Membantu membawa, mengangkat dan menyusun bahan serta peralatan kerja.
- Memastikan peralatan dan kawasan kerja sentiasa kemas dan teratur.
- Membantu kerja-kerja pemunggahan dan penghantaran bahan ke tapak projek.
- Mengendalikan peralatan dan bahan kerja elektrik mengikut keperluan projek.
- Mematuhi arahan penyelia serta prosedur keselamatan di tapak.
- Membantu tugasan lain yang berkaitan dengan kerja projek apabila diperlukan.
- Bersedia menjalankan kerja fizikal di tapak projek, bekerja OT dan luar kawasan apabila diperlukan.
Kelayakan:
- Tiada pengalaman khusus diperlukan, pengalaman kerja tapak adalah satu kelebihan.
- Rajin, bertanggungjawab dan berdisiplin.
- Mampu bekerja secara berdikari dan dalam pasukan.
- Sihat tubuh badan dan mampu melakukan kerja fizikal.
- Bersedia bekerja di tapak projek, OT dan luar kawasan apabila diperlukan.
- Mempunyai lesen memandu Kelas D (manual) adalah satu kelebihan.
Pay: RM1,800.00 - RM2,500.00 per month
Work Location: On the road