jobs in Part One Venture Sdn Bhd (Luxhome)

Part One Venture (Luxhome) Hiring! Full Time INTERNSHIP OFFICE ADMINISTRATIVE in Kelantan, Earn up to MYR 600 - Ricebowl

INTERNSHIP OFFICE ADMINISTRATIVE

Part One Venture Sdn Bhd (Luxhome)

Share
Save

Working Location

  • Kota Bharu Kelantan Malaysia

Job Description

Responsibilities

Part One Venture Sdn Bhd (Lux Home)
Syarikat yang menjalankan perniagaan secara dalam talian dalam bidang dekorasi rumah dan pejabat.

Lokasi Pejabat: Kubang Kerian, Kelantan

Waktu Kerja: 9.00 pagi – 5.30 petang

Elaun Bulanan: RM400 – RM600

Tempoh Praktikal: Minimum 3 bulan

Pelajar praktikal akan diberi pendedahan kepada sistem pengurusan pejabat, aliran operasi logistik serta pentadbiran harian bagi membantu memastikan operasi organisasi berjalan dengan teratur dan lancar.

Tanggungjawab:

  • Membantu mengurus dan menyusun dokumen pejabat, invois, tuntutan perbelanjaan (claims) serta fail pentadbiran secara sistematik.
  • Membantu memantau keperluan dan jadual restock bahan pembungkusan gudang seperti bubble wrap, pita pelekat dan bateri menggunakan sistem atau formula syarikat.
  • Membantu menyediakan dan merekod minit mesyuarat mingguan syarikat bagi sesi Weekly Action Review (WAR).
  • Memantau keperluan inventori dan kelengkapan pejabat supaya sentiasa mencukupi.
  • Membantu mengurus dokumentasi dan rekod penghantaran kurier harian seperti J&T dan DHL.
  • Menjalankan tugasan pentadbiran lain yang berkaitan mengikut keperluan operasi syarikat.

Kelayakan:

  • Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Pentadbiran, Pentadbiran Pejabat, Pengurusan Korporat atau bidang lain yang berkaitan.
  • Bersikap terbuka, fleksibel dan bersedia mempelajari tugasan serta kemahiran baharu.
  • Mempunyai tahap ketelitian yang baik, teratur dalam pengurusan dokumen dan mampu menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan.
  • Mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan perisian pejabat seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel.
  • Mampu bekerja secara individu serta bekerjasama dengan baik dalam pasukan.

Faedah:

  • Berpeluang dipertimbangkan untuk diserap sebagai kakitangan tetap selepas tamat tempoh praktikal berdasarkan prestasi dan kekosongan jawatan.
  • Mendapat pendedahan kepada struktur operasi korporat, pengurusan pentadbiran rantaian bekalan (supply chain administration) dan operasi organisasi.
  • Peluang membangunkan kemahiran profesional dalam pengurusan pejabat, dokumentasi dan operasi harian syarikat.
  • Diskaun kakitangan untuk pembelian produk Lux Home.
  • Peluang pembangunan kerjaya dan kenaikan pangkat.

Hantar Permohonan:
Calon yang berminat boleh menghantar permohonan melalui:

Email: *************
WhatsApp / Telefon: *************

Job Type: Full-time

Pay: RM400.00 - RM600.00 per month

Benefits:

  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Work Location: In person

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More