Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd.
Nama Jawatan: Eksekutif Pengurusan Ejen
Jabatan: Jualan & Pemasaran
Melapor Kepada: Ketua Pegawai Strategi
Hari Bekerja: Isnin hingga Jumaat
Waktu Bekerja: 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Tujuan Jawatan
Bertanggungjawab mengurus pendaftaran, komunikasi, prestasi dan sokongan operasi ejen bagi memastikan rangkaian ejen syarikat aktif, teratur dan menyumbang kepada pertumbuhan jualan.
1. Pengambilan dan Pendaftaran Ejen
- Mengenal pasti serta menghubungi calon ejen yang berpotensi.
- Mengurus proses pendaftaran, semakan dokumen dan penyimpanan rekod ejen.
- Memberikan taklimat awal berkaitan produk, struktur komisen, polisi dan prosedur syarikat.
2. Pengurusan dan Sokongan Ejen
- Menjadi saluran komunikasi utama bagi pertanyaan dan keperluan operasi ejen.
- Menyalurkan maklumat terkini berkaitan pakej, harga, promosi dan bahan jualan.
- Membantu menyelesaikan isu ejen serta membuat eskalasi kepada pihak berkaitan apabila diperlukan.
3. Pemantauan Prestasi Ejen
- Memantau aktiviti, jualan, prospek dan pencapaian ejen secara berkala.
- Mengenal pasti ejen aktif, tidak aktif dan berpotensi tinggi untuk tindakan susulan.
- Menyediakan cadangan bagi meningkatkan penglibatan dan prestasi rangkaian ejen.
4. Latihan dan Penglibatan Ejen
- Menyelaras sesi orientasi, latihan produk, taklimat jualan dan program pembangunan ejen.
- Mengurus hebahan, jemputan, kehadiran dan bahan latihan.
- Membantu melaksanakan kempen, pertandingan atau program penghargaan ejen.
5. Rekod dan Pelaporan
- Mengemas kini pangkalan data, status, jualan, komisen dan rekod aktiviti ejen.
- Menyediakan laporan harian, mingguan atau bulanan berkaitan prestasi rangkaian ejen.
- Memastikan semua rekod dan dokumen ejen disimpan secara lengkap, tepat dan teratur.
Kelayakan
- Memiliki sekurang-kurangnya Diploma atau Ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Pemasaran, Komunikasi atau bidang berkaitan.
- Pengalaman dalam pengurusan ejen, jualan, khidmat pelanggan atau pembangunan perniagaan adalah satu kelebihan.
- Graduan baharu digalakkan memohon.
- Mahir menggunakan Microsoft Office, Google Workspace dan aplikasi komunikasi digital.
Kemahiran dan Kompetensi
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan perhubungan interpersonal yang baik.
- Mampu membina hubungan profesional serta mengurus ramai ejen secara serentak.
- Proaktif, berorientasikan sasaran dan konsisten dalam tindakan susulan.
- Mempunyai kemahiran penyelesaian masalah dan pengurusan aduan.
- Teliti dalam pengurusan rekod, data, laporan dan komisen.
- Mampu bekerja secara individu serta dalam pasukan.
Faedah dan Kemudahan
- Elaun Komitmen
- Elaun Kehadiran
- Elaun Pengangkutan
- Tuntutan Perubatan
- Sambutan Hari Lahir
- Ganjaran Perkhidmatan Lama
- Peluang latihan dan pembangunan kerjaya
- Pelbagai faedah dan kemudahan lain yang disediakan oleh syarikat
Pay: RM1,800.00 - RM2,000.00 per month
Benefits:
- Maternity leave
- Opportunities for promotion
- Professional development
Ability to commute/relocate:
- Shah Alam: Reliably commute or planning to relocate before starting work (Preferred)
Work Location: In person