jobs in SERUNI EMPIRE SDN BHD

SERUNI EMPIRE SDN BHD Hiring! Full Time Kitchen Crew (Planet Sambal - Bukit Dahlia) in Johor, Earn up to MYR 2,300 - Ricebowl

Kitchen Crew (Planet Sambal - Bukit Dahlia)

SERUNI EMPIRE SDN BHD

MYR2,000 - MYR2,300 Per Month
Share
Save

Working Location

  • Pasir Gudang Johor Malaysia

Job Description

Responsibilities

Job Title: Kitchen Crew

Company: Seruni Empire Sdn Bhd

Tanggungjawab Utama

1. Penyediaan Makanan

  • Menyediakan bahan mentah mengikut resipi, sukatan dan SOP syarikat.
  • Menjalankan kerja-kerja penyediaan dan memasak makanan seperti yang diarahkan.
  • Memastikan bahan makanan dalam keadaan segar dan selamat digunakan.
  • Mengamalkan sistem FIFO (First In, First Out).

2. Operasi Dapur

  • Membantu pasukan dapur dalam penyediaan makanan dan operasi harian.
  • Memastikan makanan disediakan dengan tepat dan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Memastikan bahan mentah mencukupi semasa operasi.
  • Memaklumkan kepada penyelia sekiranya terdapat kekurangan, kerosakan atau pembaziran bahan.

3. Kebersihan & Keselamatan Makanan

  • Memastikan dapur, peralatan dan ruang kerja sentiasa bersih dan teratur.
  • Mematuhi SOP kebersihan, keselamatan makanan dan operasi syarikat.
  • Memastikan pengendalian, penyimpanan dan penyediaan makanan dilakukan dengan betul.
  • Mematuhi keperluan keselamatan makanan dan halal yang ditetapkan.

4. Pembersihan & Penjagaan Peralatan

  • Membersihkan peralatan dapur, perkakas, ruang kerja dan kawasan penyimpanan.
  • Memastikan kawasan dapur sentiasa kemas, bersih dan selamat.
  • Melaporkan sebarang kerosakan peralatan atau risiko keselamatan kepada penyelia.

5. Kawalan Stok & Pembaziran

  • Membantu dalam pemeriksaan dan pengurusan stok bahan mentah.
  • Memantau penggunaan bahan dan mengurangkan pembaziran makanan.
  • Memastikan bahan makanan dilabel dan disimpan dengan betul.

6. Kerjasama Pasukan

  • Bekerjasama dengan pasukan dapur dan pasukan hadapan (Front of House).
  • Membantu tugasan dapur lain apabila diperlukan.
  • Menunjukkan sikap kerja yang positif, berdisiplin dan profesional.
  • Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh penyelia atau pihak pengurusan.

Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

  • Kualiti dan konsistensi makanan.
  • Ketepatan dan kelajuan penyediaan makanan.
  • Pematuhan terhadap SOP dapur.
  • Tahap kebersihan dan keselamatan makanan.
  • Kawalan pembaziran bahan makanan.
  • Kehadiran dan ketepatan masa.
  • Kerjasama dan disiplin kerja.
  • Aduan pelanggan berkaitan kualiti makanan.

SPESIFIKASI JAWATAN – KITCHEN CREWKelayakan Akademik

  • Minimum SPM atau kelayakan yang setaraf.
  • Sijil dalam bidang Kulinari / Penyediaan Makanan merupakan satu kelebihan.

Pengalaman

  • Pengalaman bekerja di dapur atau industri F&B adalah satu kelebihan.
  • Calon tanpa pengalaman juga boleh dipertimbangkan sekiranya mempunyai sikap kerja yang baik dan bersedia untuk belajar.

Kemahiran & Kecekapan

  • Mempunyai kemahiran asas penyediaan dan memasak makanan.
  • Mempunyai pengetahuan asas berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.
  • Boleh mengikuti resipi, arahan dan SOP dengan tepat.
  • Mempunyai kemahiran kerja berpasukan dan komunikasi yang baik.
  • Mampu bekerja dalam persekitaran yang pantas dan sibuk.
  • Mempunyai pengurusan masa yang baik.
  • Sihat dan mampu bekerja dalam keadaan berdiri untuk tempoh yang panjang.
  • Bersedia bekerja mengikut syif, hujung minggu dan cuti umum.

Ciri-ciri Peribadi

  • Bertanggungjawab dan menepati masa.
  • Bersih, berdisiplin dan teratur.
  • Mempunyai sikap kerja yang positif.
  • Bersedia menerima arahan dan mempelajari perkara baharu.
  • Boleh bekerja secara individu dan dalam pasukan.
  • Jujur dan komited dalam memastikan kualiti serta kebersihan makanan.

Pay: RM2,000.00 - RM2,300.00 per month

Work Location: In person

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More