- Kota Bharu Kelantan Malaysia
Working Location
Job Description
Responsibilities
Skop Kerja & Tanggungjawab:
1. Pengurusan Invois Pembekal
Menerima, menyemak dan merekod invois pembekal serta memastikan maklumat invois adalah lengkap dan sepadan dengan dokumen sokongan seperti Purchase Order (PO), Delivery Order (DO) dan Goods Received Note (GRN).
2. Pemprosesan Bayaran Pembekal
Menyediakan dokumen dan senarai pembayaran kepada pembekal mengikut tempoh kredit serta jadual pembayaran yang telah ditetapkan oleh syarikat.
3. Semakan & Rekonsiliasi Akaun Pembekal
Membuat semakan penyata akaun pembekal dengan rekod dalam sistem dan mengenal pasti sebarang perbezaan, invois tertunggak, credit note atau transaksi yang belum direkodkan.
4. Rekod Transaksi Account Payable
Memastikan semua invois, pembayaran, debit note, credit note dan transaksi berkaitan pembekal direkodkan dengan tepat dan dikemas kini dalam sistem perakaunan.
5. Pemantauan Hutang Pembekal
Menyediakan dan memantau AP Aging Report bagi memastikan pembayaran dibuat mengikut tempoh kredit dan mengelakkan bayaran lewat atau bayaran berganda.
6.Pengurusan Dokumen Pembayaran
Menyediakan payment voucher serta memastikan setiap pembayaran mempunyai dokumen sokongan dan kelulusan pihak yang diberi kuasa sebelum pembayaran diproses.
7. Urusan dengan Pembekal
Berhubung dengan pembekal berkaitan invois, penyata akaun, pembayaran, credit note, tuntutan atau sebarang perbezaan akaun yang memerlukan penyelesaian.
8. Filing & Dokumentasi Akaun
Memastikan invois, payment voucher, penyata pembekal, bukti pembayaran dan dokumen berkaitan difailkan secara sistematik untuk tujuan rujukan dan audit.
9. Sokongan Penutupan Akaun Bulanan
Membantu proses month-end closing, termasuk memastikan semua invois dan transaksi Account Payable bagi bulan berkenaan telah direkodkan dengan lengkap.
10. Sokongan Audit & Semakan Akaun
Menyediakan dokumen serta maklumat berkaitan Account Payable apabila diperlukan oleh pihak pengurusan, auditor atau bahagian akaun.
11. Kawalan Ketepatan Pembayaran
Memastikan maklumat pembekal, jumlah bayaran dan butiran pembayaran disemak dengan teliti bagi mengurangkan risiko kesilapan, pembayaran berganda atau transaksi yang tidak sah.
12. Tugasan Akaun & Pentadbiran Berkaitan
Melaksanakan tugasan akaun lain yang diarahkan oleh Account Executive, Head of Account atau pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Kelayakan & Keperluan
lokasi: HQ Tunjong
Pay: RM1,700.00 per month
Work Location: In person
Important Information
Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.