- Menyediakan bahan mentah seperti memotong, mencuci dan menyediakan ramuan sebelum memasak
- Memasak makanan mengikut resepi, standard rasa dan prosedur operasi (SOP) yang ditetapkan
- Memastikan kualiti, rasa, kebersihan dan persembahan makanan sentiasa konsisten
- Memastikan dapur, peralatan memasak dan kawasan kerja sentiasa bersih dan teratur
- Mematuhi amalan keselamatan makanan, kebersihan diri dan prosedur HACCP (jika berkenaan)
- Memantau penggunaan stok bahan mentah dan memaklumkan kepada Pengurus Restoran apabila stok hampir habis
- Menyimpan bahan mentah dan makanan mengikut suhu serta kaedah penyimpanan yang betul
- Mengendalikan peralatan dapur dengan selamat serta melaporkan sebarang kerosakan
- Mengurangkan pembaziran makanan dan mengawal penggunaan bahan mentah
- Membantu dalam proses pembukaan dan penutupan operasi dapur setiap hari
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengurus Restoran atau pihak pengurusan dari semasa ke semasa