jobs in Saudagar Kambing Bakar

Saudagar Kambing Bakar Hiring! Full Time Cafe Service Crew (Full Time) in Selangor, Earn up to MYR 2,200 - Ricebowl

Cafe Service Crew (Full Time)

Saudagar Kambing Bakar

MYR1,700 - MYR2,200 Per Month
Share
Save

Working Location

  • Shah Alam Selangor Malaysia

Job Description

Responsibilities

Saudagar Kambing Bakar merupakan sebuah jenama tempatan Malaysia yang mengkhususkan diri dalam hidangan kambing bakar premium dan halal, diperap dengan ramuan istimewa serta dibakar dengan sempurna bagi menghasilkan rasa yang berkualiti.

Bermula di Shah Alam, misi kami adalah untuk menyajikan kambing bakar yang lazat dengan mengetengahkan keunikan citarasa dan warisan kulinari Malaysia, sambil mengekalkan standard moden dari segi kualiti, kebersihan dan perkhidmatan pelanggan.

Kini, kami sedang mencari calon yang sesuai untuk menyertai pasukan kami sebagai Cafe Service Crew (Sepenuh Masa)!

Tanggungjawab :

  • Menyambut pelanggan dengan mesra dan profesional.
  • Mengambil pesanan makanan dan minuman pelanggan.
  • Menghantar makanan dan minuman ke meja pelanggan.
  • Memastikan meja dan ruang makan sentiasa bersih dan kemas.
  • Membantu menyediakan ruang makan sebelum dan selepas waktu operasi.
  • Mengendalikan pertanyaan dan permintaan pelanggan dengan baik.
  • Membantu di kaunter atau cashier apabila diperlukan.
  • Membantu memastikan operasi harian café berjalan dengan lancar.
  • Mematuhi tahap kebersihan, keselamatan makanan dan SOP syarikat.
  • Menjalankan tugasan lain yang diarahkan oleh penyelia atau pihak pengurusan dari semasa ke semasa.

Kelayakan :

  • Minimum SPM atau kelayakan yang setaraf.
  • Pengalaman dalam bidang F&B adalah satu kelebihan.
  • Calon tanpa pengalaman juga dialu-alukan untuk memohon.
  • Mempunyai sikap positif, rajin dan bertanggungjawab.
  • Mesra pelanggan dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
  • Boleh bekerja secara berpasukan.
  • Bersedia bekerja mengikut jadual syif, hujung minggu dan cuti umum jika diperlukan.
  • Menepati masa dan mempunyai disiplin kerja yang baik.

Faedah:

  • Caruman KWSP / PERKESO / EIS disediakan.
  • Kemudahan klinik panel.
  • Latihan disediakan.
  • Peluang pembangunan profesional.
  • Elaun makan.
  • Peluang perkembangan dan kemajuan kerjaya.
  • Bonus tahunan.
  • Aktiviti team building / pembinaan pasukan.

Cara Memohon :

Calon yang berminat boleh menghantar permohonan melalui Indeed atau menghubungi:WHATSAPP (*************).

Pay: RM1,700.00 - RM2,200.00 per month

Benefits:

  • Additional leave
  • Free parking
  • Meal provided
  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Work Location: In person

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More