JOB SCOPE – SENIOR DENTAL ASSISTANT
1. Membantu Doktor Semasa Rawatan
- Membantu doktor dalam semua prosedur pergigian mengikut SOP klinik.
- Menyediakan peralatan, bahan dan instrumen sebelum rawatan.
- Memastikan kelancaran rawatan dan keselesaan pesakit sepanjang prosedur.
- Memberikan penerangan asas berkaitan penjagaan selepas rawatan kepada pesakit.
2. Penyeliaan Dental Assistant
- Memantau dan menyelia prestasi Dental Assistant dan Intern.
- Memberikan tunjuk ajar, latihan dan bimbingan kepada staf baharu.
- Memastikan semua staf mematuhi SOP klinik dan standard kawalan jangkitan.
- Menilai tahap kebersihan, disiplin dan prestasi pasukan.
3. Pengurusan Instrumen dan Sterilisasi
- Memastikan semua instrumen dibersihkan, disteril dan disimpan dengan betul.
- Memantau jadual penyelenggaraan autoclave dan peralatan klinik.
- Memastikan pematuhan kepada prosedur kawalan jangkitan dan keselamatan.
4. Pengurusan Operasi Klinik
- Memastikan bilik rawatan sentiasa bersih, kemas dan bersedia untuk digunakan.
- Memastikan operasi harian klinik berjalan lancar.
- Membantu menyelesaikan isu operasi yang melibatkan Dental Assistant.
5. Pengurusan Stok dan Inventori
- Memantau penggunaan bahan dan peralatan pergigian.
- Menyemak stok secara berkala dan menyediakan laporan stok.
- Membuat permohonan pembelian apabila stok hampir habis.
- Memastikan penyimpanan stok dilakukan dengan teratur dan selamat.
6. Pengurusan Kualiti dan Pematuhan SOP
- Memastikan semua prosedur klinikal dijalankan mengikut SOP syarikat.
- Membantu audit dalaman berkaitan kebersihan, dokumentasi dan inventori.
- Mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam operasi klinik.
7. Pengurusan Pesakit
- Membantu mengendalikan pertanyaan dan aduan pesakit secara profesional.
- Memastikan pengalaman pesakit berada pada tahap yang memuaskan.
- Membantu koordinasi rawatan antara doktor, pesakit dan bahagian pentadbiran.
8. Laporan dan Dokumentasi
- Menyediakan laporan berkaitan operasi klinik apabila diperlukan.
- Melaporkan sebarang kerosakan, kehilangan atau isu keselamatan kepada pihak pengurusan.
- Memastikan dokumentasi berkaitan inventori dan operasi sentiasa dikemaskini.
9. Kepimpinan dan Disiplin
- Menjadi contoh teladan kepada staf bawahan dari segi disiplin, etika dan profesionalisme.
- Membantu pihak pengurusan dalam pelaksanaan polisi syarikat.
- Menjalankan tugasan lain yang diarahkan oleh doktor atau pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Kelayakan Tambahan Senior Dental Assistant
- Berpengalaman dalam bidang pergigian dan pengurusan klinik.
- Mempunyai kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang baik.
- Mampu mengendalikan pasukan serta menyelesaikan masalah operasi harian secara efektif.
- Mahir dalam kawalan jangkitan, pengurusan stok dan SOP klinik.
Pay: RM2,000.00 - RM2,500.00 per month
Benefits:
Work Location: In person